Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Showing posts with label Aktiviti Masjid An-Naim 11. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Masjid An-Naim 11. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Masjid An-Naim:Tadarus Remaja 2011


Sabtu dan Ahad adalah minggu pertama program tadarus remaja masjid an-naim jalan kebun. Program akan terus berlangsung setiap sabtu dan ahad hingga akhir ramadhan.Tahniah kepada semua remaja yang memberikan sokongan bagi mengimarahkan masjid sepanjang ramadhan ini. Lebih 230 orang telah mendaftar bagi program kali ini berbanding tahun lepas sekitar 150 peserta.

Mereka bermula dengan solat asar berjemaah, tadarus dan seterusnya majlis berbuka puasa. Semua peserta bersurai selepas solat maghrib. Terima kasih kepada semua fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Tuesday, August 2, 2011

Terawih di Masjid An-Naim Jalan Kebun



Ramadhan datang lagi.. 2011 menyaksikan pertambahan bilangan jemaah di masjid An-Naim. Hari pertama menyaksikan masjide An-Naim sesak dengan jemaah... Al-Hamdulillah, moga ramadhan kali ini penuh makna...

Majlis dimulai dengan solat isyak berjamaah diikuti tazkirah ringkas oleh penceramah-penceramah yang berlainan setiap hari. Selepas solat witir jemaah dijemput ontuk menikmati juadah morey dan akhirnya tadarus bersama jemaah masjid....

Ruang solat jemaah wanita di bahagian belakang dan tingkat atas juga penuh dengan jemmaah... Jom roaming...jangan ketinggalan.

Masjid An-Naim:Tadarus Remaja


Ramadhan 2011 masjid An-Naim menganjurkan tadarus khusus untuk para remaja bertempat di ruang solat masjid. Program ini akan berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari solat asar sehingga berbuka puasa.

Juadah berbuka puasa turut disediakan oleh pihak penganjur.

Para remaja boleh mengajak rakan-rakan semua untuk turut mengimarahkan masjid khususnya pada hujung minggu melalui program ini. Pendaftaran percuma dan borang bioleh didapati di pintu masuk masjid an-naim atau datang terus pada tadarus pertama pada 6 hb Ogos 2011. Jumpa anda di tadarus remaja ramadhan 2011

Monday, August 1, 2011

Masjid An-Naim:Tadarus Dewasa


Menjelang Ramadhan, masjid An-Naim menganjurkan programn tadarus Dewasa. Program tadarus dewasa I selepas solat terawihttp://www.blogger.com/img/blank.gifh telah bermula setiap malam sepanjang bulan ramadhan 2011.

Pesanan menghadapi ramadhan

Masjid An-Naim juga menawarkan jemaah program tadarus dewasa IIpada setiap hari selepas solat asar mulai hari Isnin hingga Jumaat 2011 sepanjang bulan ramadhan. Tadarus ini dipimpin oleh Ust Abu, selaku guru Al-Quran Talaqi dan Musafahah. Program ini diadakan dalam satu kumpulan dan setiap orang menyemak bacaan seorang pembaca setiap kali bacaan.

Diakhir ramadhan diharapkan setiap orang akan membaca dan mendengar 30 juzuk bacaan al-quran. Jangan ketinggalan untuk menyemak bacaan anda. Program ini terbuka kepada semua samada yang ingin membaca atau sekadar menyemak bacaan al-quran.

Jom tadarus di masjid dan dapatkan pahala iktikaf bersamanya dibulan ramadhan al-mubarak disamping mengimarahkan masjid kita.

Friday, July 29, 2011

Ramadhan 2011: Program Bubur Lambuk Masjid An-Naim



Program bubur lambuk kembali lagi pada ramadhan 2011. Semua jemaah boleh mendapatkan bubur ini secara percuma pada setiap petang bermula jam 4.00 petang.

Sehubungan itu pihak Masjid An-Naim menawarkan kepada orang ramai yang ingin mendermakan beras atau wang sahaja boleh berbuat demikian mulai sekarang.

Friday, June 10, 2011

Masjid An-Naim: Seminar Memperkasa Akidah Umat Islam





9 Jun 2011, Khamis - Masjid An-Naim Jalan Kebun telah menghantar 6 orang peserta dengan diketuai oleh Tim. Nazir masjid An-Naim untuk menghadiri seminar yang berlangsung selama setengah hari. Turut serta Setiausaha, penolong setiausaha dan jemaah masjid.

Seminar berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dengan dihadiri oleh 350 peserta dari seluruh negeri Selangor.

Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor dan sekretariat menangani ajaran sesat dan fahaman ekstrim, Pluralism, Liberism dan Sekularisme.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 0100 tengahari. Perasmian dilakukan oleh Tuan Hj. Marzuki Bin Husin, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor.

2 kertas kerja telah dibentangkan:
1.Tajuk : Ajaran Sesat:
Ust Mohamad Zamri Mohamed Shapik
Ketua Penolong Setiausaha Sektor Sosial, MAIS
merangkap Pengerusi Persatuan Ulamak (Cawangan Selangor)

2.Tajuk: Al-Quran dan Pluralisme Agama
Dr. Mahmud Ahmad
Jabatan Akidah dan Pembangunan Insan
Akademi Pengajian Islam, UM

Tuesday, June 7, 2011

Penutupan Program Haji Bersiri




5 Jun, Masjid An-Naim Jalan Kebun - Setelah 14 siri kursus haji yang dibimbing oleh penceramah terkenal Ust.Hj Mohd Sutrisno Bin Hj. Mahfuz, maka berakhirlah sudah kursus haji secara percuma bagi sesi 2011.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini yang berlangsung semenjak 14 minggu yang lalu. Terima kasih juga kepada semua penyumbang samada dalam tenaga, makanan dan kewangan.

Lebih 200 peserta telah mengikuti kursus ini dan menerima sijil dalam acara penutupan yang disempurnakan oleh YB. Dr. Siti Mariah.Acara bermula jam 1000 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tgh.

Gambar lain sila lawati FB Masjid An-Naim

Monday, May 23, 2011

Explorace Remaja An-Naim dan Ceramah Kekeluargaan


Masjid An-Naim akan menganjurkan program explor race remaja an-naim pada 29 Mei 2011. Program ini mensasarkan golongan remaja yang mendaftar secara berkumpulan. Program yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh masjid, bakal dijadikan asas kepada gerakan remaja tunjang pengimarahan masjid pada masa hadapan.

Program akan bermula jam 8.00 pagi. Acara kemuncak akan dilangsungkan pada sebelah malam dengan pengisian ceramah berkonsep kekeluargaan. Penceramah jemputan,pakar motivasi, Mohd Azman Bin Alias. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada setiausaha masjid, Cikgu Hamdan Rahim.

Semua jemaah dijemput untuk turut serta dalam acara kemuncak disamping mendengar ceramah berkonsepkan kekeluargaan pada malam tersebut.

Jamuan nasi disediakan. Terima kasih kepada seorang anak kariah yang bermurah hati menaja seekor lembu untuk jamuan makan malam tersebut.

Tuesday, May 17, 2011

Majlis Shahadah Saudara Baru


Al-hamdulillah, pada hari Ahad selepas solat zohor, majlis Shahadah untuk beberapa saudara baru telah diadakan di Masjid An-Naim dengan dipimpin oleh Nazir dan tim Nazir dan disaksikan oleh beberapa Jawatankuasa.

Semoga Allah terus menunjuki jalan yang lurus dan menambahkan bilangan umat Muhamad.

Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam. Islam adalah cara hidup yang lengkap.

Untuk makluman, Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
1.Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
2.Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
3.Mamahami makna kedua-duanya.
4.Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
5.Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
6.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Wednesday, May 4, 2011

Wacana Ilmu: Bedah Buku Qazaf


29 April 2011, Masjid An-Naim dengan kerjasama ABIM Selangor telah menganjurkan wacana Ilmu mengenai Bedah Buku Qazaf.
Tetamu jemputan yang membincangkan tajuk tersebut: Prof Madya Dr. Ahmad Zaki Abdul Latif, Tim Yang Di Pertua IMAN.

Isu semasa ini telah menarik ramai jemaah yang ingin tahu dan memahami mengenai isu Qazaf. Semoga umat lebih memahami Islam sebagai cara hidup

Thursday, April 28, 2011

Seminar Isu-Isu Akidah dan Syariah (Penjelasan Fahaman Syiah) Peringkat Kebangsaan


27 April 2011 - Masjid An-Naim telah menghantar wakil ke seminar di atas yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam bermula jam 8.00 pg - 5.00 ptg.



4 kertas kerja telah dibentangkan:
1. Sejarah Perkembangan Syiah dan Kaitannya Dengan Ahli Bait
Oleh SS Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh
(Mufti Wilayah Persekutuan)

Jemputan Terbuka Majlis Wawancara Ilmu

Semua jemaah dijemput hadir ke masjid an-naim jalan kebun seperti tarikh dibawah dalam wawancara ilmu bertajuk Bedah Buku Qazaf.

Tuesday, April 5, 2011

Program Perkhemahan Remaja Cemerlang

2 Apr 2011 - Masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama Pejabat Daerah Klang, Pejabat Penghululu Mukim Jalan Kebun dan JKKK Kampung Jalan Kebun telah menganjurkan program perkhemahan remaja cemerlang.

Program bermula jam 4.15 petang dan berakhir jam 10.00 malam. Penceramah undangan, Tuan Hj. Shamsuddin Bin Shaari, Nazir Masjid An-Naim dan juga Ust Ahmad Bin Arum.

Perasmian penutupan telah dilakukan oleh Tuan Hj. Shamsuddin Bin Mon, Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang(pembangunan)

Wednesday, March 16, 2011

MAJLIS MAHABBAH WAP 3G




13 Mac 2011 telah berlangsung majlis di atas anjuran ABIM,, WADAH, PEPIAS dengan kerjasama Masjid An-Naim Jalan Kebun. Aturcara bermula seawal jam 7 pagi dimulai dengan gotong-royong aqiqah, memasak daging aqiqah untuk juadah pada makan tengahari dan malam.

Lebih dari 500 jemaah mengikuti pidato khas berjudul Pencerahan Umat dan Peduli Sosial yang disampaikan oleh Dato Dr. Sidik Fadhil bermula selepas solat maghrib, jam 8.00 malam. Pada malam tersebut dilancarkan tabung dan kutipan Tabung pendidikan Umat bagi pembinaan kompleks pendidikan ABIM Selangor.

Program di akhiri dengan jamuan makan dengan daging aqiqah sebagai menu utama.

Kursus Haji 2011

Siri ke-2 dari 14 siri kursus haji telah berlangsug di Masjid An-Naim Jalan Kebun. dari jam 1030 pagi sehingga waktu zohor. Lebih dari 100 jemaah telah menyertai kursus ini yang dilengkapi dengan multi media.

Kursus adalah PERCUMA dan disampaikan oleh tokoh agama yang berpengalaman luas dalam mengendalikan ibadah Haji, Al-Fadhil Ust. Sutrisno.

Kepada jemaah yang berminat untuk menyertai kursus ini dan masih belum berbuat demikian sila daftarkan nama di siri ke-3, Ahad minggu hadapan. Persediaan awal penting untuk memantapkan ibadah rukun yang ke lima ini.

Wednesday, March 9, 2011

Sedekah Sarapan Pagi Kuliah Subuh 2011


Kepada individu yang ingin membuat penajaan sarapan pagi bagi kuliah subuh setiap sabtu dan ahad adalah dialu-alukan.Sila hubungi Nazir 016 268 9976, Setiausaha 019 252 9271 atau bendahari 012 388 1489 untuk infak anda.

Penajaan adalah digalakkan dalam bentuk kewangan bagi memudahkan pengurusan. Anggaran perbelanjaan antara RM150 - RM200 bagi sarapan satu sesi kuliah bergantung kepada jenis menu yang anda pilih.

Jemaah kuliah subuh adalah sekitar 150-200 orang.Pihak jawatankuasa masjid mengucapkan terimakasih kepada semua dermawan yang telah memenuhkan infak untuk sepanjang bulan Mac 2011.

Tuesday, March 8, 2011

MAJLIS MAHABBAH WAP 3G



Semua jemaah dijemput untuk bersama dalam program
MAJLIS MAHABBAH WAP 3G
Tarikh: 13 MAC 2011, AHAD
Anjuran : ABIM Selangor, WADAH Selangor & PEPIAS
Tentatif :
(Pimpinan & Exco penganjur @ Darul Wardah)
7.00pg - gotong royong program aqiqah & memasak
4.00ptg - Pameran jualan amal & pemeriksaan kesihatan
(WADAH, ABIM, PKPIM & PEPIAS @ Bilik Seminar Masjid An-Naim
5.00ptg - Usrah Sinergi WAP 3G
(Terbuka kepada ahli, agensi, jemputan dan awam @ Masjid An-Naim)
8.00mlm - Pidato Khas 'Pencerahan Umat & Peduli Sosial'
Oleh Dato Dr Siddiq Fadzil
- Sajak & Pelancaran Tabung Pendidikan Umat
- Solat isya' & jamuan

Saturday, February 26, 2011

Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid















1 Feb 2011 Masjid An-Naim telah menghantar, Nazir, Setiausaha, Pen Setiausaha dan Bendahari untuk mengikuti:
Tajuk: Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid
Tarikh: 1Feb 2011
Tempat: Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor
Penganjur: JAIS & ANGKASA

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj. Marzuki Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Pembentang kertas kerja, En Radiatul Fitri Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi malaysia, Negeri Selangor dengan tajuk "Kepentingan Berkoperasi dan Prosedur Mewujudkan Koperasi"

Munaqasyah e-Masjid




Masjid An-Naim telah menghantar Nazir, Penolong Setiausaha dan Bendahari untuk menyertai seminar:
Tajuk: Munaqasyah e-Masjid
Tarikh: 26 Feb 2011, Sabtu
Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri Shah Alam.
Tajuk:
SESI 1
1. Aplikasi e-Masjid: Melonjak Pengimarahan
2. Aplikasi e-Masjid Realiti Hari ini.

SESI 2
Fatwa e-Khutbah
e-Masjid Satu Sorotan Dalam Hukumn Syarak

SESI 3
e-Masjid: Pengalaman Masjid Kampung Singlap, Singapura
Produk-produk e-Masjid Kreatif Da'ie Hari Ini

Penganjur: Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dan
Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.

Kursus Penigkatan Imej Setiausaha Masjid

Masjid An-Naim telah menghantar Penolong Setiausaha, Hj. Muhamad Othman Ahmad Mughni, untuk mengikuti kursus di atas yang diadakan di Pusat Latihan Pengurusan Masjid, ILDAS, Sabak Bernam, Selangor, pada 21 - 22 Feb 2011.

Kursus ini telah disertai oleh lebih 50 setiausaha dari masjid daerah Hulu Langat dan Klang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...