Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Masjid An-Naim

     Masjid-An-Naim Yang ada sekarang adalah masjid yang ke-3. Setelah lawatan DYMM Sultan Selangor ke masjid ke-2,  beliau prihatin bahawa masjid sedia ada tidak dapat menampung pertambahan jemaah ketika itu. Beliau mengarahkan kerajaan negeri ketika itu, pejabat daerah klang dan dan jabatan agama islam Selangor untuk menggantikan masjid ke 2 yang dibina daripada kayu.

     Sehubungan itu pada awal tahun 1987 masjid baru dibina dan pada ketika itu kampung Jalan Kebun masih merupakan kampung tradisional  dengan kereta sapu sebagai pengangkutan utama, bas masuk ke kampung selang 1 jam. Jalan utama hanya menghala ke Bandar Klang sahaja. Tiada jalan pintas ke Shah Alam dan masjid An-Naim di bawah daerah Klang.



     Masjid ini siap dibina pada awal tahun 1988 dengan kos pembinaan mencecah RM1.5 juta. Masjid ini kemudiannya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj    pada Jumaat, 2 Sept 1988 bersamaan 20 Muharram 1409H.

     Masjid ini dibina di atas tanah wakaf yang disumbangkan oleh Allahyarham tuan Haji Talha Bin Abdul Latif, Allahyarham Tuan Haji Munawi Bin Sujak,  Allahyarham Tuan Hj. Abdul Aziz Sawirono. Masjid yang siap dibina ini dinamakan “Masjid An-Naim” Jalan Kebun




Terdapat 9 buah surau di bawah naungan Masjid An-Naim Jalan Kebun

  1. Surau Al-Hidayah, Kampung Baru 1
  2. Surau Idrisiyah, Kampung Baru 2
  3. Surau An-Nur, Kariah Kaban
  4. Surau Ar-Rahman, Kariah Hj. Said
  5. Surau Aziziyah, Kariah Tengah
  6. Surau Al-Falah, Kariah Hj. Abu Bakar
  7. Surau Al-Iman, Kampung Lombong
  8. Surau Al-Hijrah, Kota Kemuning
  9. Surau Al-Amin, Berjaya Park

SURAU AL HIJRAH

SURAU AL-AMIN

SURAU NURUL IMAN

SURAU AL-FALAH

SURAU AL-AZIZIAH

SURAU AR-RAHMAN

SURAU AN-NUR

SURAU IDRISIAH

SURAU AL-HIDAYAH
2 surau dibenarkan mengadakan solat Jumaat
  1. Surau Al-Hijrah, Kota Kemuning
  2. Surau Al-Falah, Kariah Hj. Abu Bakar



Struktur Organisasi



Penasihat:

Tn Haji Solehan Bin Haji Tahir

Nazir:

Tn Hj Shamsuddin Bin Saari

Tim Nazir:

Ust Haji Zawawi Bin Haji Ahmad Mughni

Setiausaha:

Cikgu Hamdan Bin Rahim

Penolong S/U:

Haji Muhamad Othman Bin Ahmad Mughni

Bendahari:

Tn Haji Adam Bin Anuar

Ahli  Jawatankuasa:

En. Khairulnizam Bin Tawil
Haji Mohd Muliani hj Noor
Ust Shahrin Bin Jarani
Tuhirin Bin Jarani
Hajah Zakiah Binti Ismail
Haji Sairi Bin Md Isa

Wakil Pemuda:

Mahmud Bin Mastam

Wakil Wanita:

Siti Anum Bt Tawil

Pemeriksa Kira-kira:

Hj. Ahmad Fauzi Bin Kisut
En Shukri Bin Zakaria

Senarai Pegawai Masjid

Imam I:

Ustaz Haji  Yahya Bin Abdullah

Imam II

Ust Mohd Hafis Bin Hj Mohd Husin

Imam III

Hj Solehan Bin Hj Tahir

Bilal I

Ust Shahran Bin Ahmad

Bilal II

Ust. Nor Hashim Md Isa

Siak I

Md Waijar Bin Sarkan

Siak II

En Samad Bin Jais

PENCAPAIAN:
Sepanjang 23 tahun setelah pembinaan masjid An-Naim dengan silih berganti pemimpin, telah banyak pencapaian dan anugerah yang diperolehi. Berikut adalah antara sijil pengiktirafan antara masjid terbaik di daerah Klang dan Negeri Selangor:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...