Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Showing posts with label badan kebajikan. Show all posts
Showing posts with label badan kebajikan. Show all posts

Friday, July 30, 2010

SINAR RAMADHAN KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubaarak 1431H,ABIM Selamgor akan menjalankan "Kempen Seorang Sekampit Beras" khusus untuk membantu fakir miskin di seluruh negara melalui huluran bantuan keperluan harian. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereke yang memerlukan.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya NABI S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia daberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia.Adapun orang Mukmin maka pahala kebajikannya disimpan ALLAH untuknya di Akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."
Bandingkan (derma) orang-orang yang membelenjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya.
Sumbangan dan derma boleh berhubung dengan Timbalan Nazir Masjid An-Naim Jalan kebun.
USTAZ ZAWAWI : 019-3339871

Thursday, May 13, 2010

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KARIAH MASJID KAMPUNG JALAN KEBUN TAHUN YANG KESEBELAS





Badan kebajikan kariah masjid kampung jalan kebun telah mengadakan mesyuarat agung tahunan yang kesebelas.bertarikh 13 mei 2010 pada jam 8.00 mlm hari khamis mlm jumaat bertempat dewan solat Masjid An-Naim.Mesyuarat dirasmikan oleh TUAN HAJI SHAMSUDIN BIN SAARI NAZIR MASJID AN-NAIM KAMPUNG JALAN KEBUN.Mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh TUAN IMAM USTAZ MOHD HAFIZ BIN HAJI HUSSIN.Seterusnya kata aluan TUAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN TUAN HAJI SALEHAN dan setiausaha HAJI MOHD OSMAN BIN HAJI MOHD MUNGHNI dan TUAN NAZIR.Agenda mesyuarat membubarkan ajk lama 2007-2010 dan pencalunan ajk baru bagi tahun 2010-2013.Antara memilih pengerusi setiausaha bendahari 8 orang ajk 2orang pemeriksa kira-kira.Kepada semua para jemaah dan penduduk kariah masjid yang bermastautin atau penyewa rumah.Pihak pengerusi dan ajk badan kebajikan menyeru dan mempelawa agar semua dapat melibatkan diri bersama untuk menjadi ahli badan kebajikan dan khairat kematian masjid.Badan kebajikan telah ditubuhkan hampir 25 tahun yang lalu hasil pakatan bersama penduduk kariah masjid.Untuk menolong meringankan beban kesusahan yang dialami setiap ahli.
Syarat menjadi ahli badan kebajikan:
1.Pendaftaran ahli baru RM 30.00
2.Yuran bulanan RM 1.00
3.Khairat kematian RM 3.00(setiap kali kematian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...