Pasukan masjid an-naim bersemangat dalam sambutan maulud nabi peringkat negeri selangor di stadium melawati shah alam.Tahniah semua...
BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Showing posts with label Aktiviti Masjid An-Naim 10. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Masjid An-Naim 10. Show all posts
Wednesday, March 16, 2011
Thursday, December 9, 2010
Lagi Gambar-gambar berkhatan beramai-ramai 2010 masjid an-naim
Kebanyakan ulama seperti al-Sya‘bi, Rabi‘ah, al-Azra‘i, Yahya bin Sa‘ad al-Ansari, Malik, al-Syafi‘i dan Ahmad memberitahu, amalan berkhatan wajib bagi kaum lelaki.
“Banyak hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya, diriwayatkan Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda, bermaksud, “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara-perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, namun kebanyakan ulama’ mengiranya sebagai wajib. Ini kerana ia merupakan syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

Majlis Awal muharam
Sambutan awal Muharam telah disambut dengan bacaan yasin dan juga bacaan doa akhir dan awal tahun 1432H, 6hb Dis 2010. Majlis bermula seawal jam 6.00 petang.
Sehubungan itu satu majlis ceramah sempena maal hijrah akan diadakan dimasjid an-naim jalan kebun. Semua jemaah dijemput untuk turut memeriahkan majlis tersebut
Tarikh: 15hb. Disember 2010
Tempat: Masjid An-Naim Jalan Kebun
Masa : 8.00 Malam
Penceramah: Ust. Taib Azamuddin,
Mantan Imam Besar Masjid Negara

"Selamat Menyambut Maal Hijrah"

7hb. Dis.2010 telah berlangsung majlis berkhatan beramai-ramai di masjid annaim jalan kebun. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan disertai seramai 34 orang peserta.
Majlis dimulai dengan ucapan oleh nazir, mandi beramai-ramai dengan khidmat bomba daerah klang, kemudian manbdi di kolam masjid dan akhirnya majlis berkhatan bermula.
Doktor-doktor dari klinik Barokah Bandar Puteri telah menghulurkan khidmat kepakaran mereka untuk mengkhatankan anak-anak jalan kebun
Majlis tamat sekitar jam 2.00 petang. Tahniah semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Monday, November 8, 2010
Program Tahfiz Al-Quran Musim Cuti Sekolah

Program tahfiz musim cuti sekolah kembali lagi...
Tarikh: Dis 2010 (3 minggu)
Tempat: Masjid an-naim jalan kebun
Masa: 8.00pg hingga 2.00 petang
Penganjur:Majid An-NaimJalan Kebun
Yuran: RM50 Sahaja
Minum pagi dan makan tengahari disediakan pihak penganjur
Pendaftaran dibuka sekarang... dapatkan borang penyertaan di masjid an-naim jalan kebun... atau hubungi nazir/setiausahamasjid.
Majlis Khatan |Beramai-ramai

Masjid An-Naim Jalan Kebun akan menganjurkan majlis khatan beramai-ramai dengan kerjasama klinik al-barakah menjelang cuti sekolah 2010.
Tarikh: Dis 2010
Tempat:Masjid An-Naim
Peserta dikenakan bayaran minimum untuk berkhatan dengan hanya RM90.00 sahaja seorang. Ibubapa boleh membawa sedikit juadah untuk majlis doa selamat. Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi nazir/setiausaha/bendahari. Selamat menyambut musim cuti sekolah 2010
Majlis Ibadah Qurban Aidil Adha 1431H

Tahniah kepada semua peserta ibadah qurban tahun ini yang telah mengesahkan penyertaan masing-masing. Sehingga kini 12 ekor lembu telah disahkan untuk penyembelihan pada hari raya qurban.
Kepada ahli qaryah diminta untuk mendaftarkan nama menjadi sukarelawan pada hari raya aidil adha. Sukarelawan mendaftar awal akan menerima sehelai t-shirt PERCUMA.
Kupon-kupon edaran daging qurban akan diedarkan kepada asnaf yang dikenalpasti dan mereka boleh menebusnya pada hari raya aidiladha 17hb Nov 2010, bermula jam 12.00 tgh hingga 3.00petang, di perkarangan masjid an-naim jalan kebun.
Semua jemaah dijemput bersama menjayakan majlis iabadah qurban yang akan dilakukan di tanahlapang berhampiran masjid an-naim.
Monday, October 11, 2010
Tawaran Penyertaan Qurban 2010
.jpg)
Syawal telah berlalu dan kini para hujaj sedang bersiap sedia untuk menuju ke Mekah. Kami mendoakan moga para hujaj sihat, selamat dan beroleh haji mabrur.
Sempena aidil adha kali ini, masjid An-Naim sekali menganjurkan ibadah Qurban 1431H. Setakat penullisan ini telah ada 6 ekor lembu dan kami masih lagi membuka penyertaan kepada jemaah masjid an-naim jalan kebun untuk turut serta menjalankan ibadah ini.
Jawatankuasa mensasarkan untuk memperolehi sekurang-kurangnya 10 ekor lembu korban pada musim ini.
Bagi setiap bahagian penama, pihak pengurusan mengenakan bayaran sebanyak RM350.00 sahaja. Sebarang pertanyaan dan juga penyertaan sila hubungi Nazir 016 268 9976, Setiausaha 019 252 9271 atau bendahari 012 388 1489.
Saturday, October 2, 2010
DYMM Sultan Selangor Bersama Jawatankuasa Masjid An-Naim Jalan Kebun
Tuesday, August 24, 2010
Tadarus Masjid An-Naim sepanjang Ramadhan
.jpg)
.jpg)

Tadarus remaja telah dimulakan setiap sabtu dan ahad sepanjang ramadhan bermula solat asar dab tamat selepas solat maghrib. Peserta disediakan jamuan berbuka puasa.
Lebih 150 orang peserta remaja lelaki dan wanita turut serta dalam program ini.
Program ini turut mendapat perhatian ahli parlimen kota raja YB Dr. Mariah Mahmud, selaras dengan itu beliau membuat kunjungan ke program tersebut.
Pihak masjid juga menganjurkan tadarus dewasa yang diadakan selepas solat terawih. Lebih 20 peserta turut serta setiap malam.
Biro wanita juga turut menganjurkan tadarus untuk wanita yang diadakan separuh hari bermula jam 9.00 pagi pada 14 Ogos 2010. Lebih 150 peserta turut serta dalam tadarus ini.
Tahniah kepada semua peserta tadarus yang terus mengimarahkan masjid an-naim
Monday, August 23, 2010
Solat terawih 20 rakaat di Masjid An-Naim
.jpg)
Al-hamdulillah, ramadhan 1431H sedang rancak.
Solat terawih di masjid an-Naim Jalan Kebun dimulai dengan tazkirah selama 15 minit setiap hari. Berbagai golongan professional tempatan mengisi majlis ilmu sempena bulan ramadhan, dari ustaz, pensyarah, pegawai Kanan polis,Pengarah JPJ, Doktor, Pakar pemakanan dan ramai lagi anak tempatan samada yang duduk di luar atau di kampung telah dirancang untuk menyampaikan tazkirah sepanjang bulan ramadhan ini.
Semasa tazkirah dilangsungkan pihak masjid mengedarkan tabung untuk jemaah yang ingin infak bagi membantu projek-projek khususnya sepanjang bulan ramadhan. Terima kasih kepada jemaah yang begitu bermurah hati mengisi tabung-tabung ini setiap malam.
Masjid An-Naim mengendalikan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Solat terawih diimamkan oleh 2 tahfiz jemputan setiap malam.
Tahniah kepada jemaah yang terus mengisi hampir penuh ruang solat masjid annaim setiap terawih.
Saturday, August 21, 2010
SEMINAR PELUANG PENDIDIKAN DI TIMUR TENGAH
Seminar peluang pendidikan di timur tengah.Sehubung itu dimaklumkan bahawa seminar tersebut akan diadakan di Masjid An-Naim, tarikh 28.8.2010 hari sabtu masa 9.00 pg hingga 12.00 tgh.Perserta pelajar SPM dan STAM penyertaan adalah percuma.Agenda penting seminar tersebut peluang pendidikan tinggi di Mesir,Jordan,Maghribi dan Madinah.Syarat kelayakan yang perlu diketahui.Bantuan kewangan yang boleh dipohon laluan kerja pelajar lulusan timur tengah.Kami sangat mengalu-alukan pelajar yang layak untuk menyertai seminar tersebut.Sekiranya anda berminat sila isi borang , borang boleh didapati di pintu masuk Masjid An-Naim jalan kebun atau boleh berhubung dengan Ustaz Husnon Al-Shaari 016-3696583 atau setiausaha Masjid Cikgu Hamdan 019-3201080.Sila hubungi dengan mereka berdua bagi pengesahan pendaftaran.Keratan jawapan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 26.8.2010(khamis).
MAJLIS BERBUKA PUASA D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

Majlis berbuka puasa D.Y.M.M Sultan Selangor bersama rakyat jelata dan penyampaian sumbangan hari raya dan majlis tahlil dan doa selamat sambutan hari kemerdekaan ke 53.Semua penduduk jalan kebun dan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis. Tarikh pada 30 Ogos 2010 (Isnin) bersamaan 20 Ramadhan 1431 H. Bertempat Masjid An-Naim Jalan Kebun. Atur cara yang dirancang 5.00 ptg ketibaan jemputan ketibaan dif-dif jemputan ketibaan yang amat berhormat Dato menteri besar Selangor Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Acara lain majlis bacaan yasin tahlil dan doa selamat sempena hari kemerdekaan ke 53 dipimpin oleh Sahibus Samahah Dato seri utama diraja Mufti Selangor.Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim fakir miskin dan saudara baru.Sembah ucapan oleh Y.D.H. Dato orang kaya maha bijaya klang bacaan doa oleh Al-Fadhil pegawai tadbir agama islam daerah klang.Turut diadakan majlis berbuka puasa bersama sultan solat maghrib berjemaah seterusnya majlis santapan jamuan dan tazkirah.Solat isyak berjemaah solat sunat tarawih bersama sultan,habis solat sunat tarawih ada jamuan moreh selesai saja tibalah keberangkatan balik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin lebih kurang 10.30 mlm.
BADAN KEBAJIKAN MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN MOHON SUMBANGAN BUBUR LAMBUK TAHUN 2010
Adalah dimaklumkan Masjid An-Naim jalan kebun telah mengadakan program memasak bubur lambuk sempena bulan ramadhan,program ini diadakan tiap-tiap tahun.Tempat masak bubur lambuk di kedai yusri berdekatan dengan sekolah rendah jalan kebun.Bubur boleh diambil jam 4.00 ptg sila bawa bekas sendiri.Sehubung dengan ini pihak badan kebajikan masjid an-naim berbesar hati sekiranya pihak tuan puan ahli kariah masjid dan penduduk kampung untuk memberi sumbangan seikhlas hati dalam bentuk wang atau barang bagi memudahkan pihak pengurusan masjid melaksanakan program tersebut.
Wang sumbangan boleh disampaikan kepada:
1.Cikgu Syukri bin Zakaria 019-2757672
2.Haji Ridzuan bin Haji Ahmad 019-3355575
Segala sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan puan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih semoga diberkati oleh ALLAH S.W.T.......AMIN.
PROGRAM MESRA AMAL RAMADHAN BRIGED AMAL SELANGOR &GEMS & MASJID AN-NAIM
OBJEKTIF PROGRAM
1.Memperkenalkan dan merapatkan hubungan ahli Briged Amal Selangor dengan pemimpin setempat,masyarakat sekeliling dan mengalakkan anak remaja rapat dengan masjid.
2.Sebagai asas membentuk remaja dan belia yang mempunyai sikap peduli masyarakat,jati diri,berilmu dan berperibadi mulia.
3.Menyediakan satu platform untuk golongan belia,remaja dan siswa beraktiviti secara sihat
4.Menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat betapa pentingnya dibangunkan generasi muda sebagai pemimpin pelapis masa akan datang
PENYERTAAN
Semua galongan remaja,belia dan siswa yang telah menyertai program SPIES peringkat DUN SRI MUDA dan KOTA RAJA serta masyarakat umum.
KANDUNGAN PROGRAM
1.Pendaftaran peserta (9.00 pg)
2.Pengenalan Briged Amal Selangor& taklimat program
3.Taaruf dan ice breaking bersama pemimpin muda
4.Smart Ramadhan dan bimbingan keterampilan diri
5.Memasak dan mengedar bubur lambuk
6.Majlis peramian
7.Majlis tahlil dan majlis berbuka
Tuesday, July 6, 2010
S.P.I.E.S KELUARGA "RAHSIA DISEBALIK SOLAT"
KETAHUI HIKMAH SOLAT UNTUK TINGKAT KHUSYUK,KERAJINAN
Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia.Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikkan,asuhan,faedah dan tujuan.Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksanakannya.
Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada ALLAh s.w.t yang merupakan ibadah yang cukup berharga.Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau meraskannya sebagai satu bebanan.
HIKMAH YANG DIMAKSUDKAN IALAH:
1. Menguingati ALLAh pencipta alam
2. Menghalang perbuatan keji dan mungkar
3. Melahirkan ketenangan jiwa
4. Mendidk akhlak mulia
5. Menyucikan zahir dan batin
6. Mengekalkan kesihatan tubuh badan
7. Melatih disiplin diri
8. Melahirkan semangat bersatu padu
9. Meningkatkan taraf ekonomi
10. Mendapat ilmu politik islam
11. Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan
Banyak lagi hikmah yang terkandung dalam ibadah solat sama ada yang dapat kita ketahui atau tidak. Cukuplah dengan apa yang telah disebutkan itu menjadi rangsangan kepada kita agar mencintai ibadah solat.
Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak mengerti, tidak memahami dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghayati dan merealisasikan hikmah ini dalam kehidupan. Akibatnya jadilah solat sebagaimana yang telah disabdakan oleh NABI s.a.w yang bermaksud:
Betapa ramai orang yang mendirikan solat (tetapi) habuan dari soltnya hanyalah penat lelah dan letih lesu jua(hadith riwayat an-nasai).
Sabdanya lagi yang bermaksud:
Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan mungkar,(bererti) dia bukan bertambah (dekat) dengan ALLAh melainkan dia semakin bertambah jauh(daripada ALLAH).(hadith riwayat ali bin mabah dan juga at-tabrani).
Itulah diantara hikmah dan rahsia solat. Semoga dengan mengetahui dan mengerti hikmah dan rahsia solat akan membuatkan kita bertambah cinta terhadap ibadah ini dengan taufi hidayah dan inayah ALLAH s.w.t dan seterusnya akan menjadikan kita khusyuk dalam menunaikannya. Dengan itu INSYAALLAH kita akan termasuk dalam golongan yang telah disebutkan oleh ALLAH s.w.t dalam firmannya yang bermksud :
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka.(surah al-mukminun ayat 1-2)
dan juga satu lagi firmannya yang bermaksud:
Maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama) sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.(surah an-nisa ayat 103)
TERAPI SOLAT
Kajian saintifik tiga pensyarah UNIVERSITI MALAYA membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat islam setiap hari bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.Solat sebagai rukun islam yang wajib dilakukan setiap umat islam sudah banyak dikaji darisudut kerohanian. Bagaimanapun pernah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti QIYAM,RUKUK,SUJUD,DUDUK ANTARA DUA SUJUD SERTA TAHIYAT AWAL DAN TAHIYAT AKHIR.Adakah gerakan itu hanya sekadar gerak tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan islam. Mereka adalah pensyarah jabatan kejuruteraan biomedikal difakulti kejuruteraan universiti malaya(UM) yang diketuai profesor madya DR FATIMAH IBRAHIM bersama profesor WAN ABU BAKAR WAN ABAS dan NG SIEW CHEOK.
SOLAT KHUSYUK
Apa makna khusyuk?
Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat.
1. Berkata SAIDINA ALI R.A :" khusyuk itu ialah khusyuk hati" . Menurut riwayat lain beliau berkata "khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri.
2. Menurut IMAM AL-QURTHUBI:"khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap(tenang) dan merendah diri segala anggota".
3. Menurut IMAM ZAMAKHSYARI:" khusyuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk ke tempat sujud".
4. Berkata IMAM AL-JURJANI:" orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada ALLAH dengan hati dan segala anggota"

Monday, July 5, 2010
PROGRAM S.P.I.E.S KELUARGA DI MASJID AN-NAIM
Assalamualaikum pengenalan umum S.P.I.E.S. Apa itu S.P.I.E.S?
S-SPIRITUAL
P-PHYSICAL(FIZIKIL)
I-INTELEKTUAL
E-EMOSI
S-SOSIAL
SPIRITUAL
1. Keyakinan kewujudan ALLAH,pencipta alam dan mahluk,hari akhirat.
2. Elemen spiritual membentuk dan menentukan sikap dan tindakan yang tidak melampau dari garis ALLAH.
3. Pembersihan jiwa melalui muhasabah dan kesedaran diri.
4. Kesedaran dalaman,kekuatan dalaman.
5. Kekuatan mata hati ,displin(ain al-yakin: yakin apabila malihat dengan melihat ,ilmu al-yaqin:yakin kepada hakikat sebenar).
6. Peningkatan rohani,jiwadan minda ke arah yang diredhai ALLAH.
PHYSICAL(FIZIKAL)
1. Pembangunan dan perkembangan fizikal tubuh badan yang sihat.
2. Prisnsip "mencegah" dari" mengubat" ke atas perkembangan fizikal dalam dan luar-makan yang baik vs makan yang merosakkan.
3. Prinsip" insan yang kuat"lebih baik dari "insan yang lemah"aktiviti fizikal dan makanan seimbang menyumbang kepada fizikal yang sihat.
4. Perbuatan dan tingkahlaku yang sihat dan tidak bercanggah dengan garis panduan ALLAH.
INTELEKTUAL
1. Minda yang cergas, sihat dinamis.
2. Sikap dan semangat cinta kepada ilmu.
3. Input dan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan minda dan pembinaan serta peningkatan tahap intelektual manusia.
4. Menghargai ilmu dan ilmuan.
5. Sistem sokongan dan suasana kondusif untuk perkembangan minda dan pembinaan serta peningkatan tahap intelektual mansia.
EMOSI
1. Kestabilan emosi yang membawa rasa aman dan sejahtera dalam diri manusia.
2. Memupuk sikap positif dengan mengambil nilai dari sifat mahmudah.
3. Membuang sikap negatif dengan mengikis sifat mahmudah.
4. mengawal emosi menyalurkan emosi dengan cara betul.
5. Menangani tekanan (mengenal punca,menyelesai) untuk menstabilkan emosi.
SOSIAL
1. Memiliki harga diri dan maruah diri.
2. Memupuk nilai prihatin,hormat dan hargai manusia dan alam.
3. Ketrampilan diri keyakinan (estim yang positif) pakai yang sopan kemahiran komunikasi yang berkesan.
4. Pergaulan yang sihat.
5. Prinsip MENEGAKKAN YANG MAARUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Monday, June 28, 2010
S.P.I.E.S KELUARGA "KEAJAIBAN SOLAT"
Friday, June 18, 2010
Jemputan Ke Seminar Pemantapan Ilmu Al-Quran Bersanad, Rasm Uthmani dan Qiraat
Semua jemaah adalah dijemput untuk menyertai seminar diatas:
Tarikh: 19 Jun 2010/06 Rejab 1431
Hari Sabtu
Masa: 7.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Dewan Solat Masjid An-Naim, Jalan Kebun
Bayaran: RM10.00
Kertas kerja, sarapan pagi dan makan tengahari disediakan
Maklumat lanjut: Nazir: 016-2689976 , Ust Hafiz: 015-3370369, Ust Abu Hamid: 0196178757
Matlamat Program:
Pembentang Kertas Kerja:
1. Tajuk: Ilmu Keutamaan dan Hukum Bersanad Dalam Bacaan Al-Quran
Pembentang: Al- Fadhil Ust. Mohd Jusoh Musa AlQori
Pensyarah Al-Quran dan Al-Qiraat UIAM
2. Tajuk: Ilmu Keutamaan dan Hukum Beramal Dengan Al-Quran dan Qiraat
Pembentang: Al- Fadhil Ust. Mohd Jusoh Musa AlQori
Pensyarah Al-Quran dan Al-Qiraat UIAM
3. Tajuk: Ilmu Penulisan Rasm Uthmani dan Kepentingannya dalam Pembacaan Al-Quran dan
Hukumnya disisi Islam
Pembentang: Ustaz Mohammad Bin Abdul Manaf Al-Hafiz
Pembimbing Al-Quran , Masjid Negara dan guru pengaji9an Al-Quran S'pura

- Memberi pendedahan tentang salasilah sanad yang sahih dalam ilmu Al-Quran, keutamaannya dan juga hukum baginya
- Memberi maklumat berkaitan penggunaan penulisan Rasm Uthmani dan kepentingannya dalam pembacaan Al-Quran dan hukumnya disisi Islam
- Memberi maklulmat tentang Al-Quran dan qiraat dan hukum beramal dengannya.
- Memberi pendedahan dan melahirkan masyarakat yang menguasai ilmu tajwid, ilmu penulisan Rasm Uthmani dan ilmu Qiraat dan Sanad dalam bacaan Al-Quran.
- Memberi maklumat tentang ilmu pengetahuan dan pemahaman dalam pengajian Al-Quran kepada guru-guru Al-Quran, imam-imam dan masyarakat umum serta membuka ruang perbincangan.
Pembentang Kertas Kerja:
1. Tajuk: Ilmu Keutamaan dan Hukum Bersanad Dalam Bacaan Al-Quran
Pembentang: Al- Fadhil Ust. Mohd Jusoh Musa AlQori
Pensyarah Al-Quran dan Al-Qiraat UIAM
2. Tajuk: Ilmu Keutamaan dan Hukum Beramal Dengan Al-Quran dan Qiraat
Pembentang: Al- Fadhil Ust. Mohd Jusoh Musa AlQori
Pensyarah Al-Quran dan Al-Qiraat UIAM
3. Tajuk: Ilmu Penulisan Rasm Uthmani dan Kepentingannya dalam Pembacaan Al-Quran dan
Hukumnya disisi Islam
Pembentang: Ustaz Mohammad Bin Abdul Manaf Al-Hafiz
Pembimbing Al-Quran , Masjid Negara dan guru pengaji9an Al-Quran S'pura
Subscribe to:
Posts (Atom)