Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Sunday, December 27, 2009

Kem Remaja Masjid

Masjid an-naim jalan kebun telah menganjurkan kem remaja pada 26 dis 09 bermula jam 8.00 pagi. Tahniah kepada peserta-peserta.

Sehubungan itu Kelab Remaja Masjid Soleh (Karamah An-Naim) turut dilancarkan. Kepada semua remaja dijemput mendaftar dan digalakkan untuk menyertai facebook rakan masjid

Mesyuarat Agung Masjid An-Naim

25 Dis 09, 2.45 petang selepas solat Jumaat mesyuarat agung ke-25 masjid an-naim jalan kebun telah berlangsung di ruang solat masjid.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz Yahya Abdullah, Imam I dengan diikuti penyampaian sijil dan cenderamata kepada pegawai dan jawatankuasa masjid sesi 2006/2009.

Majlis dirasmikan oleh yang berbahagia ustaz Hairul Anuar Bin Samingan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan Masjid, PAID Klang. Beliau menegaskan pada tahun hadapan, masjid-masjid di selangor digalakkan untuk menubuhkan koperasi masjid.

Mesyuarat kali ini turut disertai oleh hampir 50 Jemaah dan berakhir sebelum solat asar. Jamuan ringan kepada peserta mesyuarat turut disediakan.

Pelbagai cadangan telah dikemukakan dan diterima. Terimakasih kepada semua jemaah yang komited menjayakan mesyuarat pada kali ke-25 ini.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah serta doa akhir dan awal tahun


Jawatankuasa masjid An-Naim mengucapkan Selamat menyambut tahun baru hijrah, 18 dis, jumaat 2009.


BACAAN DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




BACAAN DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". -rujukan JAKIM

Monday, December 7, 2009

Program Tahfiz dan Tahsin Solat Musim Cuti Penggal

Biro pendidikan di bawah pimpinan Ust Hafiz Hj Husin telah menganjurkan program tahfiz dan tahsin solat bermula 31 Nov sehingga 17 Dis 09. Sehingga hari ini seramai 140 orang telah mendaftar sebagai peserta.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM60. Peserta dibekalkan dengan fail dan bahan-bahan untuk pembelajaran sepanjang program. Program bermula jam 8.00 pagi setiap hari Isnin sehingga Khamis.

Peserta diberikan minum pagi setiap hari pada jam 10.30 dan makan tengahari sebelum solat zohor. Peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpun kecil dengan fasilitator bagi memudahkan proses penghafalan dan tahsin solat.

Semua peserta hanya dibenarkan beredar selepas menjalankan solat zohor secara berjemaah. Tahniah kepada biro pendidikan dan semua pelajar yang mengikuti kem pada kali ini.

Solat Hajat untuk Pemandu Van Jenazah di ICU

Masjid An-Naim telah menganjurkan solat hajat beramai-ramai sejurus selepas solat Jumaat, 4hb Dis 09 memohon agar pemandu van jenazah yang kini dalam keadaan koma dan berada di unit ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, agar pulih dengan segera.

Solat hajat 2 rakaat di ketuai oleh imam I, Ust Hj.Yahya Abdullah. Terima kasih kepada semua jemaah yang prihatin dan meluangkan masa untuk sama-sama mendoakan beliau.

Pemandu terbabit, En Saadon Selamat, 43, tinggal di kampung baru 2 adalah anak jati kampung Jalan Kebun telah memikul tugas sebagai pemandu van jenazah dengan penuh rasa tanggungjawab untuk sekian lama. Beliau mengalami kemalangan ketika motosikal yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta pajero menyebabkan beliau kini ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sehingga berita ini ditulis beliau masih lagi belum sedar semenjak kemalangan pada rabu lepas. Anak kariah dialu-alukan untuk melawat beliau di hospital klang.

Doa kami dari pihak pengurusan masjid, agar beliau sembuh secepat mungkin. Amin

Tuesday, November 10, 2009

Masjid An-Naim - Makluman Kematian

Adalah dimaklumkan bahawa seorang anak kariah yang tinggal di Lot 6706 Qariah Kg Baru2, Jalan Kebun, Zakuan Fahmi Mohd Azman telah kembali ke rahmatullah semalam, 9 Nov 09.

Semoga dosanya diampunkan dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday, November 3, 2009

Makluman Kematian



Adalah dimaklumkan bahawa seorang ahli qariah yang tinggal di Lot 3585, Lrg Hj. Taib, Jalan Kebun bernama Sauyeh Bt Ngeh Mat Aris, 80 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada 2/11/09 jam 6.45 pagi kerana sakit tua.

Jenazahnya telah dikafankan serta disolatkan. Imam jenazah Ust. Hj. Mohamed Rasidi Hj Ali. Jenazah kemudiannya dihantar ke kampung halaman di Batu Gajah Perak oleh Van Jenazah Masjid An-Naim Jalan Kebun.

Al-Fatihah.

Saturday, October 31, 2009

Jom Daftar, FB Rakan An-Naim

Masjid An-Naim telah mewujudkan ruangan rakan an-naim. Jemaah dan remaja terutamanya boleh mendaftarkan pada widget FB(facebook) di tepi kiri dengan menekan butang Rakan An-Naim "Become a fan" dan masukkan butiran yang dikehendaki. Melalui fb rakan an-naim pelbagai maklumat terkini dapat disalurkan disampingmerapatkan tali silaturrahim jemaah semua.

Jangan lupa beritahu rakan-rakan semua untuk turut serta dalam fb rakan annaim.

Pastikan anda mendaftar dan mempunyai ruang di face book sebelum menjadi rakan an-naim. Jika anda belum berbuat demikian sila daftar di www.facebook.com

Thursday, October 29, 2009

Solat Jumaat bersama OBD Daerah Klang di Masjid An-naim

Esok, 30 Okt 2009, Solat Jumaat Masjid An-Naim akan di kunjungi tetamu Kehormat, Yang Dihormatkan Dato' Setia Diraja Haji Abdul Ghani bin Pateh Akhir,D.S.I.S., S.M.S.,Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang).

Sehubungan itu jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid untuk solat jumaat. Majlis akan bermula jam 12.30 tgh dengan tazkirah oleh Tn Haji Muhamad Othman Bin Hj Ahmad Mughni, Pen Setiausaha, diikuti oleh perasmian blog masjid An-Naim, www.ictmasjid.blogspot oleh Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang).

Wednesday, October 28, 2009

ANNAIM, KEMASKINI TAWARAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN 2009

Masjid Annaim masih lagi membuka penyertaan kepada orang ramai untuk turut serta dalam ibadah korban ini. Setakat 28 Okt 2009, telah 3 ekor lembu. Kini lembu yang ke 4 masih lagi ada kekosongan.

Tuan/puan yang berminat sila hubungi Nazir 0162689976
Bendahari 0123881489

Harga setiap bahagian RM350.00

Tuesday, October 20, 2009

Jemaah Masjid An-Naim, Selamat menunaikan Fardhu Haji

Jawatankuasa Masjid An-Naim mengucapkan tahniah kepada jemaah yang telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Kami mendoakan semoga tuan-tuan sentiasa menjaga kesihatan dan juga selamat perjalanan pergi dan pulang dengan beroleh haji mabrur.Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Amin

Monday, October 19, 2009

An-Naim, Jamuan Hari Raya PERDANA

17Oct 09 Masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama JKKK dan juga MPP Zon 11 telah menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di padang masjid an-naim. Majlis bermula seawal lepas isya dengan kehadiran ramai tetamu VIP. YB Suhaimi, Dato Bandar MBSA dan ramai lagi.

Ribuan penduduk jalan kebun turut memeriahkan lagi sambutan yang menggabungkan berbagai badan politik dan NGO di kampung jalan kebun. Pelbagai menu disediakan.... Mee Goreng, Kue
teow, Roti canai, Nasi empit, bubur durian, kuih muih dan juga biskut raya.... Meriah tu.... Tahniah semua... gambar suasana aidilfitri dimajlis tersaebut akan menyusul kemudian... Tahniah semua yang menjayakan program ini.

Jemaah An-Naim ke Program Halaqah SuaRasa


Masjid An-Naim telah mengaturkan jemaah masjid an-naim ke program halaqah yang disiarkan secara langsung menerusi tv9 di program sua rasa di Stadium Melawati, Shah Alam, 18 Okt 09. Dua buah bas disediakan untuk membawa jemaah ke Shah Alam.

Program ini bukan sahaja mendedahkan jemaah kepada keilmuan perbincangan pada malam tersebut tetapi jugamendekatkan jemaah bagaimana program lintas langsung dikendalikan oleh stesyen TV.

Ahli panel pada malam tersebut turut membariskan Dato Dr. Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan tajuk Kemaafan. Tahniah kepada jemaah yang sentiasa menyokong memartabatkan majlis keilmuan seperti ini.

Sunday, October 11, 2009

Tawaran menyertai ibadah Qurban

Masjid an-naim menawarkan kepada individu untuk menyertai ibadah qurban yang akan disambut tidak lama lagi. Borang penyertaan boleh di dapati di masjid an-naim atau menghubungi nazir/jawatankuasa masjid.

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Masjid an-naim, Suasana pagi raya

Tuesday, October 6, 2009

Suara An-Naim

Biro ICT masjid telah menerbitkan Suara An-Naim 2 sekali sebulan. Suara An-Naim ini diedarkan dalam 2 mukasurat (1 helaian) pada Jumaat minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan di pintu-pintu masuk masjid. Para jemaah boleh mendapatkannya secara PERCUMA.

Dapatkan naskah dipintu masuk masjid untuk anda dan teman-teman atau keluarga menambahkan ilmu. Pastikan anda bawanya pulang.

Jemaah dinasihatkan untuk menyimpan sebaik mungkin kerana mengandungi petikah makna ayat quran dan hadis.

Salinan juga boleh didapati diinternet bila laman web rasmi masjid sedia berfungsi.

An-Naim Senarai Jawatankuasa Sesi 2009/12

Senarai jawatankuasa baru berkuat kuasa 1 Jun 2009 bagi sesi 2009/12 Masjid An-Naim Jalan Kebun yang telah disahkan oleh JAIS(Jabatan Agama Islam Selangor)

Nazir : Ust. Hj Shamsuddin Saari

Tim Nazir : Ust Hj. Muhamad Zawawi Ahmad Mughni

Setiausaha: Hamdan Rahim
P S/Usaha:Hj Muhamad Othman Ahmad Mughni

Bendahari : Hj. Adam Anuar

Imam I/Jurunikah: Ust. Hj. Yahya Abdullah
Imam II : Ust Mohd Hafiz Hj Hussin Al-Hafiz
Imam III: Hj Solehan Hj Tahir

Bilal I : Shahran Ahmad
Bilal II: Ust Norhashim Mat Isa

Siak I : Mat Waijar Sarkan
SiakII: Samat Jais

AJK: Ust Shahrin Jarani
AJK: Hj. Mohd Sairi Md Isa
AJK: Mahmud Bin Mastam
AJK: Tuhirin Jarani
AJK: Hj Muliani Mohd Nor
AJK: Khairul Izam Tawil
AJK: Hj. Fauzi Kisut
AJK: Hjh Zakiah Ismail
AJK: Anum Tawil

Monday, October 5, 2009

Meninggal Dunia

Anak kariah masjid An-Naim yang bernama Ridzuan Bin Munidan, 23 tahun, Lorong Hj. Yusuf telah kembali ke rahmatullah pada 4 Oct 09 jam 1320 disebabkan kemalangan jalanraya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Terimakasih kepada semua yang menziarah dan mengiringi jenazah, petugas menguruskan jenazah dan Jawatankuasa tanah perkuburan.

Saturday, October 3, 2009

JADUAL PENGAJIAN OKTOBER

Sidang Jemaah yang dihormati, Syawal semakin merangkak ke penghujung, sehubungan itu kelas pengajian kali ini bermula agak awal sedikit.

JADUAL PENGAJIANMASJID AN-NAIM JALAN KEBUN
BULAN OKTOBER 2009

OCT 09

HARI

MASA

M’GU

PENCERAMAH

TAJUK

1.

Kha

Maghrib

I

Ust Mohd Hafiz Md Hussain

Yasin & Tahlil

2.

Jum

Jumaat

Ust Hj Yahya Abdullah

Pilih(Tazkirah Jumaat)

2.

Jum

Maghrib

Ust Hj. Kusno Abd Kadir

Sirah Isla

3.

Sab

Maghrib

Ust Nazri Asiabu

Perjalanan Rabbani

4.

Ahd

Subuh

Ust Mazlan Khamis

Pilihan (Kuliah Subuh)

4.

Ahd

Maghrib

Ust Dr. Nik Rosdi Nik Ahmad

Tasawur Islam

5.

Isn

Maghrib

II

Ust Mastam Subari

Al-Quran & Tajwid

6.

Sel

Maghrib

Ust Hj Yahya Abdullah

Ibadah Haji & Umrah

7.

Rab

Maghrib

Ust Yob Hamid Ismail

Tafsir Fi Zilal(Syed Qutub)

8.

Kha

Maghrib

Ust Hj Salehan Hj. Tahir

Yasin & Tahlil

9.

Jum

Jumaat

Ust Mohd Hafiz Md Hussain

Pilih(Tazkirah Jumaat)

9.

Jum

Maghrib

Ust Jefri Isa

Hikam

10.

Sab

Maghrib

Ust Ahmad Arum

Pilihan(Kuliah Maghrib)

11.

Ahd

Subuh

Ust Zainordin Hj. Surip

Pilihan (Kuliah Subuh)

11.

Ahd

Maghrib

Ut Nasrun Ahmad

Mustika Hadis

12.

Isn

Maghrib

III

Ust Hj. Ghazali Siraj

Aqidah Sunnah Wal Jamaah

13.

Sel

Maghrib

Ust Shamsi Singgan

Tala Musyafahah

14.

Rab

Maghrib

Ust Zainordin Hj. Surip

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

15.

Kha

Maghrib

Ust. Hj. Shamsuddin Saari

Yasin & Tahlil

16.

Jum

Jumaat

Tn Hj Muliani Hj Nor

Pilihan (Tazkirah Jumaat)

16.

Jum

Maghrib

Ust Hj. Kusno Abd Kadir

Feqah

17.

Sab

Maghrib

Ust Nazri Asiabu

Perjalanan Rabbani

18.

Ahd

Subuh

Ust Adni Abd Razak

Pilihan (Kuliah Subuh)

18.

Ahd

Maghrib

Ust Dr. Nik Rosdi Nik Ahmad

Tasawur Islam

19.

Isn

Maghrib

IV

Ust Mastam Subari

Al-Quran & Tajwid

20.

Sel

Maghrib

Ust Shamsi Singgan

Tala Musyafahah

21.

Rab

Maghrib

Ust Yahya Abdullah

Tanbihul Ghafilim

22.

Kha

Maghrib

Ust Shahran Ahmad

Yasin & Tahlil

23.

Jum

Jumaat

Tn Hj NurHakim Sirom

Pilihan (Tazkirah Jumaat)

23.

Jum

Maghrib

Ust Jefri Isa

Tasawuf

24.

Sab

Maghrib

UstAhmad Arum

Pilihan

25.

Ahd

Subuh

Ust Sutrisno Mahfuz

Pilihan(Kuliah Subuh)

25.

Ahd

Maghrib

Ut Nasrun Ahmad

Mustika Hadis

26.

Isn

Maghrib

V

Ust Hj. Ghazali Siraj

Aqidah Sunnah Wal Jamaah

27.

Sel

Maghrib

Ust Shamsi Singgan

Tala Musyafahah

28.

Rab

Maghrib

Ust Rashidi Hj. Ali

Sirrussalikin

29.

Kha

Maghrib

Ust Yahya Abdullah

Yasin & Tahlil

30.

Jum

Jumaat

Ust Abu Hamid

Pilihan (Tazkirah Jumaat)

30.

Jum

Maghrib

UstRashid Mohd Salleh

Pilihan

31.

Sab

Maghrib

Ust Zulkifli Jamil

Kitab Dosa-dosa Besar



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...