Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Showing posts with label Mesyuarat agung. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat agung. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE 26


Kepada semua ajk,jemaah masjid dan penduduk jalan kebun di jemput ke mesyuarat agung kali ke 26 di dewan solat masjid selepas solat jumaat pada 31 dec 2010.Bagi membincangkan perjalanan masjid untuk mengimarahkan lagi masjid kita.Menrancangkan aktiviti di masjid dan kepada yang hadir boleh lah bagi buah fikiran yang bernas dan cadangan untuk masjid kita supaya menjadi masjid contoh di negeri selangor.Ape yang masjid rancang adalah untuk menjadikan masjid kita tempat(SATU PERHENTIAN SEMUA ADA DI MASJID).Dan membincangkan laporan kewangan masjid.Dan membincangkan macam mana nak cari sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti masjid.Keluarkan lah segala idea yang ada di otak anda buatlah kerja dengan ikhlas kerana ALLAH.Terima kasih kami ucapkan kepada yang banyak membantu masjid dari segi tenaga dan kewangan.

Monday, May 10, 2010

MESYUARAT AGUNG

BADAN KEBAJIKAN KARIAH MASJID AN-NAIM 2010
TARIKH : 13 MEI 2010
HARI : KHAMIS MLM JUMAAT
MASA : 8.00 MLM
TEMPAT :MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN
SEMUA AHLI KARIAH DI JEMPUT HADIR

Saturday, May 1, 2010

Mesyuarat Agung Surau-Suarau An-Naim

29 Apr 2010 semua surau di bawah naungan masjid An-Naim telah mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan Jawatankuasa baru selaras dengan arahan pihak PAID Klang. Pihak masjid telah menghantar wakil-wakil sebagai pemerhati sepanjang mesyuarat berlangsung di kesemua surau.

Tahniah kepada jawatankuasa baru semua surau(8 surau) yang baru di lantik untuk menerajui kepimpinan surau sesi 2010/2013. Semoga Institusi ini akan lebih cemerlang dalam meningkatkan dan memartabatkan syiar Islam khususnya di era moden ini .

Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat Agung Masjid An-Naim

25 Dis 09, 2.45 petang selepas solat Jumaat mesyuarat agung ke-25 masjid an-naim jalan kebun telah berlangsung di ruang solat masjid.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz Yahya Abdullah, Imam I dengan diikuti penyampaian sijil dan cenderamata kepada pegawai dan jawatankuasa masjid sesi 2006/2009.

Majlis dirasmikan oleh yang berbahagia ustaz Hairul Anuar Bin Samingan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan Masjid, PAID Klang. Beliau menegaskan pada tahun hadapan, masjid-masjid di selangor digalakkan untuk menubuhkan koperasi masjid.

Mesyuarat kali ini turut disertai oleh hampir 50 Jemaah dan berakhir sebelum solat asar. Jamuan ringan kepada peserta mesyuarat turut disediakan.

Pelbagai cadangan telah dikemukakan dan diterima. Terimakasih kepada semua jemaah yang komited menjayakan mesyuarat pada kali ke-25 ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...