Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Showing posts with label Pembangunan. Show all posts
Showing posts with label Pembangunan. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Kerja-kerja menaik taraf kemudahan masjid annaim



Ramadhan 1431H menyaksikan masjid an-naim rancak menaiktaraf kemudahan selaras dengan kunjungan DYMM Sultan Selangor yang dijangkakan pada 30 Ogos 2010.

Dataran masjid an-naim telah siap di turap sepenuhnya, bangunan masjid sedang dalam proses mengecat semula bahagian luar, penambahan bumbung antara bilik wudhu dan bangunan induk sedang giat dijalankan, Pendawaian lampu pagar telah siap dan masjid bermandikan cahaya setiap malam.

Pendawaian dan penukaran lampu bahagian dalam sedang giat dijalankan. Sistem pembesar suara juga sedang dinaik taraf bagi memastikan kualiti suara yang baik khususnya ketika solat, majlis ilmu dan lain-lain.

Karpet ruang solat telah ditukar dan sedia digunakan. Terima kasih atas bantuan dari semua pihak dari pengurusan masjid an-naim

Saturday, May 22, 2010

TEMPAT LETAK KERATA BERBUMBUNG,LALUAN JALAN KAKI DAN PASANG PROJECTOR





Pihak Masjid An-Naim telah membina tempat letek kereta berbumbung,laluan jalan kaki berbumbung di tandas wanita dan pasang projector.Tempat kereta berbumbung di khaskan untuk penceramah jemputan,imam dan bilal.Pemasangan pembesar suara ia sebahagian kos adalah sumbangan ahli jemaah masjid.Pembinaan yang lain juga sebahagian kos derma ahli jemaah masjid.ALHAMDULILAH SEMOGA DERMAWAN DIMURAHKAN REZEKI AMIN.

Friday, February 5, 2010

Perkembangan Pembinaan Surau Tanah Kubur Barat


Pembinaan surau di atas tanah kubur barat, batu 7 jalan kebun telah mencapai lebih 70%. Pembinaan ini meliputi penyediaan ruang solat, tempat wudhu, tandas dan pintu pagar menghala ke tanah perkuburan.

Terima kasih kepada jawatankuasa tanah kubur yang bertungkus lumus untuk memastikan kemudahan ini disiapkan, tenaga kerja dan juga para dermawan yang menyumbang bagi pembinaan ini. Dengan siapnya kemudahan ini diharap memberi keselesaan kepada pengunjung sewaktu menziarahi tanah perkuburan.Kemudahan ini juga memudahkan tenaga kerja serta pengiringi jenazah menyempurnakan urusan pengkebumian terutama bila lewat petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...