Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Tuesday, January 12, 2010

Petisyen bantahan penggunaan nama Allah

Masjid An-Naim dengan kerjasama ABIM telah mengumpulkan tandatangan petisyen bantahan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam pada 8 jan 2010, Jumaat di masjid An-naim.

463 jemaah telah menurunkan tandatangani petisyen bantahan dan telah diserahkan kepada ABIM untuk dikumpulkan bersama petisyen daripada tempat-tempat lain sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan.

Terima kasih kepada semua jemaah yang sensitif dengan isu berhubungkait permasalahan umat. Diharapkan semua umat islam lebih bersedia san bersatu berhadapan dengan isu-isu berkaitan islam di masa hadapan.

Semoga Allah melindungi umatnya.Amin

Friday, January 8, 2010

Bantahan penggunaan Nama Allah oleh Herald

Isu penggunaan nama Allah oleh Herald mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra daripada segenap lapisan masyarakat. Bagaimanapun bagi membendung kekeliruan umat Islam dan meregang sensitivi.

Berdasarkan enakmen ugama bukan islam(Kawalan Perkembangan dikalangan orang Islam) 1988 telah menjelaskan 25 perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan ugama bukan islam antaranya nama Allah.

Sehubungan itu Masjid An-Naim menyeru semua jemaah untuk turut serta menurunkan tandatangan tanda bantahan umat islam pada hari jumaat 8 jan 2010 (waktu solat jumaat mulai 12.30tgh) di masjid An-naim Jalan Kebun.

Jangan biarkan nama Allah digunakan oleh bukan islam.... terbitan, tempat ibadat, tempat-tempat makan,produk-produk makanan atau bukan makanan dan banyak lagi yang akan mengundang lebih banyak kekeliruan dan ketegangan.Nyatakan bantahan!!

Pembinaan surau dan bilik air di tanah Perkuburan Barat masjid annaim













Tanah perkuburan barat, kampung batu 7 jalan kebun terletak di tepi jalan utama Sek Men Jalan Kebun Ke Kota Kemuning dan bersempadanan dengan Taman Berjaya Park.

Perkembangan pesat kawasan persekitaran dan keperluan jemaah semasa menguruskan jenazah terutama bila melewati waktu solat maka satu acara pecah tanah projek pembinaan surau dan bilik air dijalankan.

Acara pecah tanah dilangsungkan pada 2 jan 2009 oleh Ahli Majlis Zon 11,MBSA En Norhalim Sirome, diiringi oleh Tim Nazir,Ust Zawawi dan jemaah masjid an-naim.

Projek ini dianggarkan menelan belanja RM10,000.00. Jumlah kutipan terkumpul setakat ini lebih dari RM2K tidak termasuk bahan binaan yang telah didermakan oleh orang perseorangan. Para jemaah yang ingin terlibat untuk projek ini diseru untuk mewakafkan dalam bentuk wang tunai atau keperluan bahan binaan melalui Nazir masjidan-naim.

Sempena acara pecah tanah ini juga diadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan. Tahniah kepada semua yang menjayakan projek amal ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...