Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Friday, January 8, 2010

Pembinaan surau dan bilik air di tanah Perkuburan Barat masjid annaim













Tanah perkuburan barat, kampung batu 7 jalan kebun terletak di tepi jalan utama Sek Men Jalan Kebun Ke Kota Kemuning dan bersempadanan dengan Taman Berjaya Park.

Perkembangan pesat kawasan persekitaran dan keperluan jemaah semasa menguruskan jenazah terutama bila melewati waktu solat maka satu acara pecah tanah projek pembinaan surau dan bilik air dijalankan.

Acara pecah tanah dilangsungkan pada 2 jan 2009 oleh Ahli Majlis Zon 11,MBSA En Norhalim Sirome, diiringi oleh Tim Nazir,Ust Zawawi dan jemaah masjid an-naim.

Projek ini dianggarkan menelan belanja RM10,000.00. Jumlah kutipan terkumpul setakat ini lebih dari RM2K tidak termasuk bahan binaan yang telah didermakan oleh orang perseorangan. Para jemaah yang ingin terlibat untuk projek ini diseru untuk mewakafkan dalam bentuk wang tunai atau keperluan bahan binaan melalui Nazir masjidan-naim.

Sempena acara pecah tanah ini juga diadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan. Tahniah kepada semua yang menjayakan projek amal ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...