Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Pelajar Meninggal Terkena Petir



20 Mei 2010, Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar, Mohamad Ali Assabuni Bin Ahmad, tingkatan 2 sekolah menengah Jalan Kebun yang tinggal di lorong Abdullah Jalan kebun, Shah Alam telah meninggal dunia 19 Mei 2010 jam 1745 dan jenazahnya telah selamat disemadikan.
Doktor mengesahkan bahawa beliau meninggal disebabkan oleh terkena panahan petir(struck by lightning) sewaktu hujan di padang sekolah semalam. Pihak Masjid merakamkan takziah kepada keluarga terutama ayah beliau yang juga salah seorang penceramah pengajian di masjid an-naim jalan kebun. Al-Fatihah.

Friday, February 5, 2010

Pengumuman Kematian

Adalah dimaklumkan kepada semua bahawa ust Shamsi, lorong hj. Hussin Bt 7 JalanKebun, guru al-quran bersanad yang mengajar di masjid an-naim jalan kebunsetiapmalam rabu telah meninggal dunia pada 3 Feb 2010. Takziah diucapkan kepada keluarganya. Al-Fatihah.

4 Feb 2010, Pn Tumi Bt Parsi , qariah masjid an-naim jalan kebun telah meninggal dunia pada jam 2.00 petang dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada petang tersebut.


Tuesday, November 10, 2009

Masjid An-Naim - Makluman Kematian

Adalah dimaklumkan bahawa seorang anak kariah yang tinggal di Lot 6706 Qariah Kg Baru2, Jalan Kebun, Zakuan Fahmi Mohd Azman telah kembali ke rahmatullah semalam, 9 Nov 09.

Semoga dosanya diampunkan dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday, November 3, 2009

Makluman Kematian



Adalah dimaklumkan bahawa seorang ahli qariah yang tinggal di Lot 3585, Lrg Hj. Taib, Jalan Kebun bernama Sauyeh Bt Ngeh Mat Aris, 80 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada 2/11/09 jam 6.45 pagi kerana sakit tua.

Jenazahnya telah dikafankan serta disolatkan. Imam jenazah Ust. Hj. Mohamed Rasidi Hj Ali. Jenazah kemudiannya dihantar ke kampung halaman di Batu Gajah Perak oleh Van Jenazah Masjid An-Naim Jalan Kebun.

Al-Fatihah.

Monday, October 5, 2009

Meninggal Dunia

Anak kariah masjid An-Naim yang bernama Ridzuan Bin Munidan, 23 tahun, Lorong Hj. Yusuf telah kembali ke rahmatullah pada 4 Oct 09 jam 1320 disebabkan kemalangan jalanraya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Terimakasih kepada semua yang menziarah dan mengiringi jenazah, petugas menguruskan jenazah dan Jawatankuasa tanah perkuburan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...