Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Friday, July 30, 2010

SINAR RAMADHAN KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubaarak 1431H,ABIM Selamgor akan menjalankan "Kempen Seorang Sekampit Beras" khusus untuk membantu fakir miskin di seluruh negara melalui huluran bantuan keperluan harian. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereke yang memerlukan.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya NABI S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia daberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia.Adapun orang Mukmin maka pahala kebajikannya disimpan ALLAH untuknya di Akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."
Bandingkan (derma) orang-orang yang membelenjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya.
Sumbangan dan derma boleh berhubung dengan Timbalan Nazir Masjid An-Naim Jalan kebun.
USTAZ ZAWAWI : 019-3339871

Tuesday, July 6, 2010

PROGRAM S.P.I.E.S KELUARGA DI MASJID AN-NAIM

S.P.I.E.S KELUARGA "RAHSIA DISEBALIK SOLAT"

KETAHUI HIKMAH SOLAT UNTUK TINGKAT KHUSYUK,KERAJINAN

Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia.Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikkan,asuhan,faedah dan tujuan.Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksanakannya.
Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada ALLAh s.w.t yang merupakan ibadah yang cukup berharga.Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau meraskannya sebagai satu bebanan.

HIKMAH YANG DIMAKSUDKAN IALAH:

1. Menguingati ALLAh pencipta alam
2. Menghalang perbuatan keji dan mungkar
3. Melahirkan ketenangan jiwa
4. Mendidk akhlak mulia
5. Menyucikan zahir dan batin
6. Mengekalkan kesihatan tubuh badan
7. Melatih disiplin diri
8. Melahirkan semangat bersatu padu
9. Meningkatkan taraf ekonomi
10. Mendapat ilmu politik islam
11. Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan

Banyak lagi hikmah yang terkandung dalam ibadah solat sama ada yang dapat kita ketahui atau tidak. Cukuplah dengan apa yang telah disebutkan itu menjadi rangsangan kepada kita agar mencintai ibadah solat.
Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak mengerti, tidak memahami dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghayati dan merealisasikan hikmah ini dalam kehidupan. Akibatnya jadilah solat sebagaimana yang telah disabdakan oleh NABI s.a.w yang bermaksud:

Betapa ramai orang yang mendirikan solat (tetapi) habuan dari soltnya hanyalah penat lelah dan letih lesu jua(hadith riwayat an-nasai).

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan mungkar,(bererti) dia bukan bertambah (dekat) dengan ALLAh melainkan dia semakin bertambah jauh(daripada ALLAH).(hadith riwayat ali bin mabah dan juga at-tabrani).

Itulah diantara hikmah dan rahsia solat. Semoga dengan mengetahui dan mengerti hikmah dan rahsia solat akan membuatkan kita bertambah cinta terhadap ibadah ini dengan taufi hidayah dan inayah ALLAH s.w.t dan seterusnya akan menjadikan kita khusyuk dalam menunaikannya. Dengan itu INSYAALLAH kita akan termasuk dalam golongan yang telah disebutkan oleh ALLAH s.w.t dalam firmannya yang bermksud :

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka.(surah al-mukminun ayat 1-2)

dan juga satu lagi firmannya yang bermaksud:

Maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama) sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.(surah an-nisa ayat 103)

TERAPI SOLAT

Kajian saintifik tiga pensyarah UNIVERSITI MALAYA membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat islam setiap hari bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.Solat sebagai rukun islam yang wajib dilakukan setiap umat islam sudah banyak dikaji darisudut kerohanian. Bagaimanapun pernah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti QIYAM,RUKUK,SUJUD,DUDUK ANTARA DUA SUJUD SERTA TAHIYAT AWAL DAN TAHIYAT AKHIR.Adakah gerakan itu hanya sekadar gerak tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan islam. Mereka adalah pensyarah jabatan kejuruteraan biomedikal difakulti kejuruteraan universiti malaya(UM) yang diketuai profesor madya DR FATIMAH IBRAHIM bersama profesor WAN ABU BAKAR WAN ABAS dan NG SIEW CHEOK.


SOLAT KHUSYUK

Apa makna khusyuk?

Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat.

1. Berkata SAIDINA ALI R.A :" khusyuk itu ialah khusyuk hati" . Menurut riwayat lain beliau berkata "khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri.
2. Menurut IMAM AL-QURTHUBI:"khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap(tenang) dan merendah diri segala anggota".
3. Menurut IMAM ZAMAKHSYARI:" khusyuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk ke tempat sujud".
4. Berkata IMAM AL-JURJANI:" orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada ALLAH dengan hati dan segala anggota"

Monday, July 5, 2010

PROGRAM S.P.I.E.S KELUARGA DI MASJID AN-NAIM

Assalamualaikum pengenalan umum S.P.I.E.S. Apa itu S.P.I.E.S?

S-SPIRITUAL
P-PHYSICAL(FIZIKIL)
I-INTELEKTUAL
E-EMOSI
S-SOSIAL

SPIRITUAL
1. Keyakinan kewujudan ALLAH,pencipta alam dan mahluk,hari akhirat.
2. Elemen spiritual membentuk dan menentukan sikap dan tindakan yang tidak melampau dari garis ALLAH.
3. Pembersihan jiwa melalui muhasabah dan kesedaran diri.
4. Kesedaran dalaman,kekuatan dalaman.
5. Kekuatan mata hati ,displin(ain al-yakin: yakin apabila malihat dengan melihat ,ilmu al-yaqin:yakin kepada hakikat sebenar).
6. Peningkatan rohani,jiwadan minda ke arah yang diredhai ALLAH.

PHYSICAL(FIZIKAL)
1. Pembangunan dan perkembangan fizikal tubuh badan yang sihat.
2. Prisnsip "mencegah" dari" mengubat" ke atas perkembangan fizikal dalam dan luar-makan yang baik vs makan yang merosakkan.
3. Prinsip" insan yang kuat"lebih baik dari "insan yang lemah"aktiviti fizikal dan makanan seimbang menyumbang kepada fizikal yang sihat.
4. Perbuatan dan tingkahlaku yang sihat dan tidak bercanggah dengan garis panduan ALLAH.

INTELEKTUAL
1. Minda yang cergas, sihat dinamis.
2. Sikap dan semangat cinta kepada ilmu.
3. Input dan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan minda dan pembinaan serta peningkatan tahap intelektual manusia.
4. Menghargai ilmu dan ilmuan.
5. Sistem sokongan dan suasana kondusif untuk perkembangan minda dan pembinaan serta peningkatan tahap intelektual mansia.

EMOSI
1. Kestabilan emosi yang membawa rasa aman dan sejahtera dalam diri manusia.
2. Memupuk sikap positif dengan mengambil nilai dari sifat mahmudah.
3. Membuang sikap negatif dengan mengikis sifat mahmudah.
4. mengawal emosi menyalurkan emosi dengan cara betul.
5. Menangani tekanan (mengenal punca,menyelesai) untuk menstabilkan emosi.

SOSIAL
1. Memiliki harga diri dan maruah diri.
2. Memupuk nilai prihatin,hormat dan hargai manusia dan alam.
3. Ketrampilan diri keyakinan (estim yang positif) pakai yang sopan kemahiran komunikasi yang berkesan.
4. Pergaulan yang sihat.
5. Prinsip MENEGAKKAN YANG MAARUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...