Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubaarak 1431H,ABIM Selamgor akan menjalankan "Kempen Seorang Sekampit Beras" khusus untuk membantu fakir miskin di seluruh negara melalui huluran bantuan keperluan harian. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereke yang memerlukan.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya NABI S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia daberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia.Adapun orang Mukmin maka pahala kebajikannya disimpan ALLAH untuknya di Akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."
Bandingkan (derma) orang-orang yang membelenjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya.
Sumbangan dan derma boleh berhubung dengan Timbalan Nazir Masjid An-Naim Jalan kebun.
USTAZ ZAWAWI : 019-3339871
No comments:
Post a Comment