Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Friday, July 29, 2011

Ramadhan 2011: Program Bubur Lambuk Masjid An-Naim



Program bubur lambuk kembali lagi pada ramadhan 2011. Semua jemaah boleh mendapatkan bubur ini secara percuma pada setiap petang bermula jam 4.00 petang.

Sehubungan itu pihak Masjid An-Naim menawarkan kepada orang ramai yang ingin mendermakan beras atau wang sahaja boleh berbuat demikian mulai sekarang.

Sumbangan beras perlu dihantar terus kepada kedai yosgaya, En. Yusri untuk disimpan. Untuk makluman pihak penganjur memerlukan 2 beg beras 10kg setiap hari sepanjang ramadhan ini.

Pihak masjid an-naim mengucapkan jutaan terimakasih atas kepada dermawan ahli qariah yang telah sanggup untuk membekalkan gas dan ayam secara percuma untuk projek bubur lambuk sepanjang ramadhan.

Bagaimanapun pihak penganjur masih lagi memerlukan kewangan tambahan dianggarkan RM5000 untuk menjayakan projek bubur lambuk ini. Segala sumbangan kewangan boleh disalurkan terus kepada Bendahari Masjid, Hj. Adam 0123881489 atau Tn Hj. Ridzuan Pengerusi badan Kebajikan 019 3355575.

Segala sumbangaqn yang dihulurkan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih semoga diberkati Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...