25 Mei 2011 - Sebuah rumah di Kampung Baru 2,Jalan Kebun dimiliki oleh Khamsaton Aliman, 83,balu kepada pengasas Surau Idrisiah,Kampung Baru 2, yang uzur, dikatakan tinggal bersendirian di rumahnya ketika kejadian dan dia dipapah ke surau berdekatan selepas gagal keluar dari rumahnya untuk ditenangkan saudara-mara serta jirannya.
Seorang saksi, Saharuddin Yasir, 48, berkata dia dan beberapa jiran segera memapah mangsa selepas mendapati api semakin marak memusnahkan rumah warga emas itu.
Tiga jentera bomba iaitu dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan satu dari Kota Raja, dengan kekuatan 21 anggota dan pegawai diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Hamzah Buyot bekejar ke tempat kejadian.
Sehubungan itu,masjid An-Naim Jalan Kebun melancarkan tabung bencana pada Solat Jumaat,esok bersamaan 27 Mei 2011.Tuan-tuan dan puan-puan,disarankan menyediakan sejumlah wang untuk tujuan tersebut atau terus memasukkan ke dalam akaun masjid dan sms kepada bendahari masjid :

No Akaun Bank Islam Masjid An_Naim Jalan Kebun:
A/C : 120 100 1000 6408
SMS ke Bendahari 6012 388 1489
No comments:
Post a Comment