5 Mei 2011 - Masjid An-Naim, JKKK dan Surau Al-Falah telah menggerakkan semua jentera kampung untuk menghulurkan bantuan kepada 12 keluarga mangsa kebakaran yang berlaku semalam. Satu mesyuarat bersama telah diadakan disurau Al-Falah malam tadi dengan dipengerusikan oleh Ahli Majlis, Saudara NorHalim.
Sehingga hari ini, 6 keluarga telah ditumpang di rumah sanak saudara dan 6 keluarga lagi tinggal di surau ar-Falah, Kariah Hj. Abu Bakar, Jalan Kebun.
Sehubungan itu bagi anda yang ingin menghulurkan derma boleh disalurkan melalui Nazir/Bendahari Masjid An-Naim sebelum 13 Mei 2011.
Pihak masjid akan membuka tabung bencana kebakaran pada solat jumaat 6hb Mei dan 13hb Mei. Para jemaah yang hadir pada solat jumaat tersebut disarankan menyediakan wang yang ingin disumbangkan agar dapat dimasukkan pada tabung derma yang ditetapkan pada hari tersebut.
Tuan/puan yang ingin menghulurkan bantuan agar memberinya dalam bentuk kewangan dan makanan. Pakaian yang kami terima sudah lebih dari mencukupi setakat ini.
Jumlah kutipan tabung bencana setakat malam tadi RM10,000. Terimakasih kepada JKKK, MPP zon 11, Masjid An-Naim, semua peniaga kampung jalan kebun, surau-surau kampung, masjid bukit Naga dan semua individu yang menyumbang ke tabung ini. Semoga usaha kita dapat meringankan bebanan mereka yang hanya sehelai sepinggang daqn hanya Allah yang membalas budi baik tuan-tuan dan puan.
No comments:
Post a Comment