Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Thursday, May 26, 2011

Rayuan Tabung Bencana : Kebakaran Rumah Warga Emas di Jalan Kebun




25 Mei 2011 - Sebuah rumah di Kampung Baru 2,Jalan Kebun dimiliki oleh Khamsaton Aliman, 83,balu kepada pengasas Surau Idrisiah,Kampung Baru 2, yang uzur, dikatakan tinggal bersendirian di rumahnya ketika kejadian dan dia dipapah ke surau berdekatan selepas gagal keluar dari rumahnya untuk ditenangkan saudara-mara serta jirannya.

Monday, May 23, 2011

Explorace Remaja An-Naim dan Ceramah Kekeluargaan


Masjid An-Naim akan menganjurkan program explor race remaja an-naim pada 29 Mei 2011. Program ini mensasarkan golongan remaja yang mendaftar secara berkumpulan. Program yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh masjid, bakal dijadikan asas kepada gerakan remaja tunjang pengimarahan masjid pada masa hadapan.

Program akan bermula jam 8.00 pagi. Acara kemuncak akan dilangsungkan pada sebelah malam dengan pengisian ceramah berkonsep kekeluargaan. Penceramah jemputan,pakar motivasi, Mohd Azman Bin Alias. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada setiausaha masjid, Cikgu Hamdan Rahim.

Semua jemaah dijemput untuk turut serta dalam acara kemuncak disamping mendengar ceramah berkonsepkan kekeluargaan pada malam tersebut.

Jamuan nasi disediakan. Terima kasih kepada seorang anak kariah yang bermurah hati menaja seekor lembu untuk jamuan makan malam tersebut.

Tuesday, May 17, 2011

Majlis Shahadah Saudara Baru


Al-hamdulillah, pada hari Ahad selepas solat zohor, majlis Shahadah untuk beberapa saudara baru telah diadakan di Masjid An-Naim dengan dipimpin oleh Nazir dan tim Nazir dan disaksikan oleh beberapa Jawatankuasa.

Semoga Allah terus menunjuki jalan yang lurus dan menambahkan bilangan umat Muhamad.

Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam. Islam adalah cara hidup yang lengkap.

Untuk makluman, Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
1.Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
2.Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
3.Mamahami makna kedua-duanya.
4.Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
5.Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
6.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Thursday, May 5, 2011

"Face Book" Masjid An-Naim

Semenjak pembentukan FB Masjid An-Naim, sehingga hari ini 508 rakan telah berdaftar dn menjadi saluran maklumat yang semakin popular dan effektif dikalangan penduduk.
Terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan dan diharap lebih ramai penduduk terutamanya remaja menyertai FB ini. Anda dialu-a
lukan untuk mengajak semua rakan sekolah, rakan sekampung, rakan sekerja, jiran, ahli kariah untuk turut serta dalam FB masjid an-naim

Jom sertai kami dan jemput rakan anda ke:



Bencana: Masyarakat prihatin ...




5 Mei 2011 - Masjid An-Naim, JKKK dan Surau Al-Falah telah menggerakkan semua jentera kampung untuk menghulurkan bantuan kepada 12 keluarga mangsa kebakaran yang berlaku semalam. Satu mesyuarat bersama telah diadakan disurau Al-Falah malam tadi dengan dipengerusikan oleh Ahli Majlis, Saudara NorHalim.

Sehingga hari ini, 6 keluarga telah ditumpang di rumah sanak saudara dan 6 keluarga lagi tinggal di surau ar-Falah, Kariah Hj. Abu Bakar, Jalan Kebun.

Wednesday, May 4, 2011

Rayuan Sumbangan Mangsa Kebakaran 12 Buah Rumah







3 Apr 2011 - 12 buah rumah anak kariah masjid an-naim jalan kebun telah terbakar malam tadi menyebabkan 12 keluarga kehilangan tempat tinggal dan juga keperluan harian.


Berikut adalah video ditempat kejadian, lorong Haji Husin, Batu 7 Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam.

Sehubungan itu tuan/puan dirayu untuk segera menyumbangkan makanan/pakaian/kewangan dengan menghubungi Nazir Masjid/Bendahari Masjid An-Naim. Tarikh akhir sumbangan 13 Mei 2011
Nazir Hj. Shamsuddin Saari 016 268 9976
atau Bendahari Hj Adam 012 388 1489

Wacana Ilmu: Bedah Buku Qazaf


29 April 2011, Masjid An-Naim dengan kerjasama ABIM Selangor telah menganjurkan wacana Ilmu mengenai Bedah Buku Qazaf.
Tetamu jemputan yang membincangkan tajuk tersebut: Prof Madya Dr. Ahmad Zaki Abdul Latif, Tim Yang Di Pertua IMAN.

Isu semasa ini telah menarik ramai jemaah yang ingin tahu dan memahami mengenai isu Qazaf. Semoga umat lebih memahami Islam sebagai cara hidup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...