BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Tuesday, August 24, 2010
Tadarus Masjid An-Naim sepanjang Ramadhan
Tadarus remaja telah dimulakan setiap sabtu dan ahad sepanjang ramadhan bermula solat asar dab tamat selepas solat maghrib. Peserta disediakan jamuan berbuka puasa.
Lebih 150 orang peserta remaja lelaki dan wanita turut serta dalam program ini.
Program ini turut mendapat perhatian ahli parlimen kota raja YB Dr. Mariah Mahmud, selaras dengan itu beliau membuat kunjungan ke program tersebut.
Pihak masjid juga menganjurkan tadarus dewasa yang diadakan selepas solat terawih. Lebih 20 peserta turut serta setiap malam.
Biro wanita juga turut menganjurkan tadarus untuk wanita yang diadakan separuh hari bermula jam 9.00 pagi pada 14 Ogos 2010. Lebih 150 peserta turut serta dalam tadarus ini.
Tahniah kepada semua peserta tadarus yang terus mengimarahkan masjid an-naim
Kerja-kerja menaik taraf kemudahan masjid annaim
Ramadhan 1431H menyaksikan masjid an-naim rancak menaiktaraf kemudahan selaras dengan kunjungan DYMM Sultan Selangor yang dijangkakan pada 30 Ogos 2010.
Dataran masjid an-naim telah siap di turap sepenuhnya, bangunan masjid sedang dalam proses mengecat semula bahagian luar, penambahan bumbung antara bilik wudhu dan bangunan induk sedang giat dijalankan, Pendawaian lampu pagar telah siap dan masjid bermandikan cahaya setiap malam.
Pendawaian dan penukaran lampu bahagian dalam sedang giat dijalankan. Sistem pembesar suara juga sedang dinaik taraf bagi memastikan kualiti suara yang baik khususnya ketika solat, majlis ilmu dan lain-lain.
Karpet ruang solat telah ditukar dan sedia digunakan. Terima kasih atas bantuan dari semua pihak dari pengurusan masjid an-naim
Monday, August 23, 2010
Solat terawih 20 rakaat di Masjid An-Naim
Al-hamdulillah, ramadhan 1431H sedang rancak.
Solat terawih di masjid an-Naim Jalan Kebun dimulai dengan tazkirah selama 15 minit setiap hari. Berbagai golongan professional tempatan mengisi majlis ilmu sempena bulan ramadhan, dari ustaz, pensyarah, pegawai Kanan polis,Pengarah JPJ, Doktor, Pakar pemakanan dan ramai lagi anak tempatan samada yang duduk di luar atau di kampung telah dirancang untuk menyampaikan tazkirah sepanjang bulan ramadhan ini.
Semasa tazkirah dilangsungkan pihak masjid mengedarkan tabung untuk jemaah yang ingin infak bagi membantu projek-projek khususnya sepanjang bulan ramadhan. Terima kasih kepada jemaah yang begitu bermurah hati mengisi tabung-tabung ini setiap malam.
Masjid An-Naim mengendalikan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Solat terawih diimamkan oleh 2 tahfiz jemputan setiap malam.
Tahniah kepada jemaah yang terus mengisi hampir penuh ruang solat masjid annaim setiap terawih.
Saturday, August 21, 2010
SEMINAR PELUANG PENDIDIKAN DI TIMUR TENGAH
MAJLIS BERBUKA PUASA D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
Majlis berbuka puasa D.Y.M.M Sultan Selangor bersama rakyat jelata dan penyampaian sumbangan hari raya dan majlis tahlil dan doa selamat sambutan hari kemerdekaan ke 53.Semua penduduk jalan kebun dan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis. Tarikh pada 30 Ogos 2010 (Isnin) bersamaan 20 Ramadhan 1431 H. Bertempat Masjid An-Naim Jalan Kebun. Atur cara yang dirancang 5.00 ptg ketibaan jemputan ketibaan dif-dif jemputan ketibaan yang amat berhormat Dato menteri besar Selangor Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Acara lain majlis bacaan yasin tahlil dan doa selamat sempena hari kemerdekaan ke 53 dipimpin oleh Sahibus Samahah Dato seri utama diraja Mufti Selangor.Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim fakir miskin dan saudara baru.Sembah ucapan oleh Y.D.H. Dato orang kaya maha bijaya klang bacaan doa oleh Al-Fadhil pegawai tadbir agama islam daerah klang.Turut diadakan majlis berbuka puasa bersama sultan solat maghrib berjemaah seterusnya majlis santapan jamuan dan tazkirah.Solat isyak berjemaah solat sunat tarawih bersama sultan,habis solat sunat tarawih ada jamuan moreh selesai saja tibalah keberangkatan balik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin lebih kurang 10.30 mlm.
BADAN KEBAJIKAN MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN MOHON SUMBANGAN BUBUR LAMBUK TAHUN 2010
PROGRAM MESRA AMAL RAMADHAN BRIGED AMAL SELANGOR &GEMS & MASJID AN-NAIM
Wednesday, August 4, 2010
Persediaan Menghadapi Ramadhan
Alhamdulillah Ramadhan Hadir lagi....
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Persediaan | Cara |
Iman | 1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat). 2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. 3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17). 4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya). 5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). 6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu). |
Ilmu | 1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa. 2. Membaca buku-buku penyucian jiwa. 3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan. 4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan. |
Dakwah | 1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan. 2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar. 3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan. 4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah. 5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan. |
Keluarga | 1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu. 2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama. |
Keazaman | 1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik. 2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. 3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf. 4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat. 5. Sentiasa berlapang dada. 6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa. |
Jihad | 1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’. 2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur). 3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci. 4. Menahan syahwat dari perkara yang haram. 5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas. |