Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Saturday, December 15, 2012

Masjid An-Naim:Program Anak soleh

Program Anak Soleh yang diadakan pada 17 Nov 2012 berjalan dengan jayanya. Lebih 200 penyertaan dari anak kariah jalan kebun. Semoga sokongan ibubapa ini akan melahirkan anak-anak yang cemerlang dan soleh.

Helwa Masjid:Program bahagia menjadi gadis

15 Dec 2012 - Helwa masjid an-naim bersama 120 remaja wanita menaiki 3 buah bas khas dalam program bahagia menjadi gadis. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyertai program ini, diharap dapat menyertai program lain pada masa akan datang memandangkan keupayaan kami  yang terhad.


Wednesday, July 18, 2012

Tawaran kepada dermawan dan Umat Islam sempena Ramadhan


Mesej Ramadhan Melalui Banner Terpanjang Oleh Remaja Jalan Kebun

     Pertandingan ini disertai oleh remaja jalan kebun dengan setiap kumpulan terdiri antara 3-5 orang. 40 kumpulan bertanding  untuk menghasilkan banner sepanjang 80 meter. Pemenang mengutip hadiah utama berupa wang tunai  RM200.00 . Banner telah digantung sepanjang jalan utama padang rakyat kampung batu 7 jalan kebun sepanjang bulan ramadhan. Sumbangan dakwah remaja kepada semua melalui mesej kreatif. Tahniah semua

Karnival Keluargaku @ Ambang Ramadhan

15 Julai berlangsung Karnival Keluargaku di Ambang Ramadhan bermula jam 7.00 pagi. Majlis dimulai dengan senaman sihat - Tai Chi yang dipimpin oleh  Pegawai Waren I (B) Pak Wahab. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Suhaimi, ADUN Seri Muda yang turut serta dalam senaman sihat.
Antara Acara Menarik:
Mewarna kanak-kanak yang menarik 900 penyertaan kanak-kanak dari tadika hingga 12 tahun


Permainan Ular (jangan meniru aksi ini - mereka terlatih)

Munajat Perdana 2012 untuk pelajar UPSRM PMR & SPM

14hb Julai masjid An-Naim mula dipenuhi remaja dan juga ibubapa seawal jam 6.00 petang khusus bagi bersama dalam program Munajat Perdana. Program ini bertujuan memohon kepada Ilahi untuk anak-anak lampung agar mempunyai persediaan rohani yang kental  untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SRA, SPM dan juga peperiksaan akhir tahun yang semakin hampir. Lebih 300 pelajar mengikuti Munajat Kali ini

Program dimulai dengan bacaan yasin, dipimpin okeh Imam I , Ust Hafiz Bin Husain Al-Hafiz bermula jam 6.00 petang diikuti solat maghrib berjemaah. Selepas solat fardhu mereka meneruskan dengan solat hajat dan diakhiri dengan ceramah Motivasi oleh Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz.






Seusai program mereka dijamu dengan nasi dan juga bekalan air mineral yang telah dibacakan yasin pada sesi petang sebelumnya.



Mesyuarat Khas pencalonan





Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan AJK Masjid An-Naim Jalan Kebun Sesi 2012/2015 telah selesai. Pihak JAIS juga telah mengeluarkan senarai penuh mereka yang dipilih dan memulakan tugas rasmi 1 Jun 2012. Senarai Jawatankuasa sila Klik

Tuesday, March 27, 2012

Ceramah Keibubapaan


Alhamdulillah telah berlangsung ceramah keibubapaan bermula dengan program SPIES jam 8.00 pagi 17 Mac 2012 dan berakhir dengan ceramah keibubapaan oleh Ust Ghazali

Ibubapa yang berminat boleh mendapatkan rakaman ceramah Ust Ghazali daripada Bendahari Masjid pada harga RM10 sahaja.

Wednesday, February 1, 2012

Kem Remaja 2012 Masjid An-Naim









Masjid An-Naim telah menganjurkan kem remaja, 22 dan 23 Jan 2012 untuk sukarelawan masjid di kampung Sungai Dara, Behrang.Kem selama 2 hari ini bukan sahaja mendidik anak-anak malah menjadikan nya sebagai riadah bagi anak-anak merapatkan silaturrahim

Kem ini turut disertai oleh Nazir, Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan ramai lagi sukarelawan termasuk 20 sukarelawan anak remaja. Terimakasih kepada semua dan remaja
khususnya. Gambar lain di facebook masjid an-naim.

Majis Bacaan Rawi Berzanji dan Marhaban 2012

Semua jemaah dijemput untuk turut meraikan dan membesarkan dan menghayati peristiwa penting dalam bulan rabiulawal.

Sehubungan itu kini berlangsung majlis di atas setiap lepas maghrib sehingga 12 rabiulawal di masjid an-naim jalan kebun.

Sambil tu layan bagaimana melodi marhaban di imarahkan di masjid kita



Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?
Dimasukkan oleh IbnuNafis

Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini :http://www.blogger.com/img/blank.gif

1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :

فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)

Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)

baca seterusnya di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...