BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Friday, May 21, 2010
SOLAT JUMAAT BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM
Pada hari jumaat bertakrih 21.05.2010 Masjid An-Naim telah dilawati oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Adun Sri Muda YB Suhaimi.Masjid An-Naim telah menjadi pilihan Tan Sri Khalid untuk solat jumaat bersama rakyat.Solat jumaat bersama rakyat adalah salah satu program Tan Sri Khalid Ibrahim.Tan Sri Khalid tiba pada pukul 12.55 tengahari dan di sambut oleh Nazir Masjid An-Naim Hj Shamsudin,Tok Ketua Kampung Hj Salehan,AJK Masjid dan jemaah yang ada di Masjid untuk solat jumaat.Selesai solat jumaat Tan Sri Khalid Ibrahim memberi ucapan kepada jemaah Masjid tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor dan tentang pembagunnan yang di jalan dan perancangan masa hadapan untuk rakyat negeri Selangor.Selesai ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim jemaah mengambil peluang bersalaman dengan beliau dan bertanya khabar beramah mesra mencerita masaalah yang dihadapi.Ini lah peluang yang ada digunakan oleh jemaah Masjid An-Naim.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sudi datang ke Masjid An-Naim Jalan Kebun untuk solat jumaat bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment