Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Wednesday, February 17, 2010

Ilmu & Harta, Yang mana keutamaan Anda?

Rasulullah saw pernah bersabda di hadapan para sahabat, kata baginda

“Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, golongan Khawarij meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau.

“Hai Saidina Ali, yang mana lebih utama, ilmu dengan harta?” Tanya orang 1. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Karun, Sadad dan Firaun”

Bertanya orang 2 kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau harus menjaganya”.

Jawapan Saidina Ali kepada orang 3 “Harta itu jika engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah bertambah”.

Jawapan kepada Panel 4 “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”.

Jawapan kepada panel 5 pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak

Jawapan 6 “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu

Jawapan 7 “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”.

Jawapan 8 “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”.

Jawapan 9 “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”.

Jawapan 10 dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”.

Kemudian Saidina Ali menjelaskan kepada kesepuluh golongan tersebut, katanya “Jika kamu menanyakan lagi tentang hal itu, akan aku jawab dengan jawapan yang berbeza-beza selama aku masih hidup”...

Ringkasan dari buku “51 kisah-kisah benar” Ahmad Najieh: Pustaka Syuhada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...