Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Thursday, October 1, 2009

An-Naim, Program Ramadhan Dihatiku

Kemuncak Program bulan Ramadhan diadakan pada 13 Sept 2009, seminggu sebelum sambutan Aidil fitri, dinamakan Ramadhan Dihatiku. Program ini ini menggabungkan khatam Al-Quran Remaja yang bermula seawal jam 2.30 petang, Penyampaian hadiah termasuk wang tunai kepada peserta tadarus remaja, penyampaian cenderamata kepada peserta tadarus Dewasa dan Wanita, Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin/anak yatim/warga emas/ibu tunggal/OKU untuk kariah masjid(sumbangan diusahakan oleh badan kebajikan kariah masjid) dan IFTAR Perdana.
YB Dr Mariah Mahmod, Ahli Parlimen merasmikan dan menyampaikan sumbangan program Ramadhan dihatiku.

YB Suhaimi, ADUN Kota Raja turut hadir untuk bersama dalam program IFtar pada petang itu. Dianggarkan 500 orang bersama dalam program berbuka puasa perdana kali ini.

Selepas solat maghrib diadakan ceramah palestin yang disampaikan oleh seorang palestin dalam bahasa Arab dan dialih bahasa oleh seorang penterjemah.Beliau berkongsi pahit maung berjuang sehingga menjadikan beliau buta pada hari ini, namun masih berjuang untuk menmbagun semula institusi pendidikan di palestin. Pada masa ini juga tabung palestin dilancarkan.

Selepas solat isyak di sambung dengan solat terawih.

Terimakasih kepada semua atas usaha anda dan sokongan menjayakan Program Ramadhan Di hatiku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...