BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Wednesday, March 16, 2011
Rakaman Perarakan Sempena Maulud Nabi
Pasukan masjid an-naim bersemangat dalam sambutan maulud nabi peringkat negeri selangor di stadium melawati shah alam.Tahniah semua...
MAJLIS MAHABBAH WAP 3G
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
13 Mac 2011 telah berlangsung majlis di atas anjuran ABIM,, WADAH, PEPIAS dengan kerjasama Masjid An-Naim Jalan Kebun. Aturcara bermula seawal jam 7 pagi dimulai dengan gotong-royong aqiqah, memasak daging aqiqah untuk juadah pada makan tengahari dan malam.
Lebih dari 500 jemaah mengikuti pidato khas berjudul Pencerahan Umat dan Peduli Sosial yang disampaikan oleh Dato Dr. Sidik Fadhil bermula selepas solat maghrib, jam 8.00 malam. Pada malam tersebut dilancarkan tabung dan kutipan Tabung pendidikan Umat bagi pembinaan kompleks pendidikan ABIM Selangor.
Program di akhiri dengan jamuan makan dengan daging aqiqah sebagai menu utama.
Kursus Haji 2011
Siri ke-2 dari 14 siri kursus haji telah berlangsug di Masjid An-Naim Jalan Kebun. dari jam 1030 pagi sehingga waktu zohor. Lebih dari 100 jemaah telah menyertai kursus ini yang dilengkapi dengan multi media.
Kursus adalah PERCUMA dan disampaikan oleh tokoh agama yang berpengalaman luas dalam mengendalikan ibadah Haji, Al-Fadhil Ust. Sutrisno.
Kepada jemaah yang berminat untuk menyertai kursus ini dan masih belum berbuat demikian sila daftarkan nama di siri ke-3, Ahad minggu hadapan. Persediaan awal penting untuk memantapkan ibadah rukun yang ke lima ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)