Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Monday, September 12, 2011

Majlis Meraikan Jemaah Haji 2011


Masjid An-Naim akan Menganjurkan majlis meraikan bakal haji 2011 pada 24 Sept 2011. Sehubungan itu diminta kepada ketua-ketua kariah atau bakal haji yang confirm agar menyerahkan jadual penerbangan kepada nazir paling lewat seminggu dari skrg 19 Sept. 2011.

Semua jemaah dijemput untuk bersama meraikan jemaah haji pada tarikh di atas.

Selamat menunaikan ibadah haji 2011

Tawaran Penyertaan Majlis Qurban Untuk Hari Raya Haji 2011


Masjid An-Naim akan menganjutrkan majlis ibadah qurban sempena hari raya aidiladha 2011.Sehubungan itu tuan/puan dipelawa untuk turut serta menyertai qurban ini. Kos Qurban untuk 1 bahagian RM350.00. Majlis akan dibuat buat pada hari Ahad raya pertama. Tarikh tutup 2 minggu sblm raya haji.

Bagi individu yang membawa lembu sendiri pihak pengurusan mengenakan bayaran pengurusan sebanyak RM200.00. Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Setiausaha Cikgu Hamdan 019 320 1080 atau Bendahari Tn Hj. Adam 0123881489

Dalil Qurban dalam Al-Qur’an
Allah telah mensyariatkan qurban sebagaimana firman-Nya:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah sholat karana Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sungguh, orang-orang yang membencimu adalah orang-orang yang terputus. (QS. Al-Kautsar : 1-3)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ

Dan unta-unta itu Kami jadikan untukmu bagian dari syiar agama Allah, kamu banyak memperoleh kebaikan padanya. Maka sebutlah nama Allah (ketika kamu akan menyembelihnya)… (QS. Al-Hajj : 36)

Maksud kata nahr adalah penyembelihan binatang qurban sebagaimana keterangan dalam sebuah hadits bahwa Nabi SAW melakukan ibadah qurban dan begitu juga kaum muslimin. Para ulama telah sepakat (ijma’) akan pensyariatannya.

Keutamaan Qurban
Sebuah riwayat dari Aisyah r.a., Nabi SAW telah bersabda,

مَا عَمِلَ آدَمِىٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih haiwan. Sesungguhnya haiwan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban. (HR. Tirmidzi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...