Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Friday, June 10, 2011

Masjid An-Naim: Senarai Ajaran Sesat di Malaysia


Rumusan dari kertas kerja Ajaran Sesat olh Ust Mohamad Zamri di seminar memperkasa akidah umat islam. Para jemaah perlu berwaspada dan memantau keluarga agar tidak terlibat dengan 56 ajaran yang diwartakan sesat di Malaysia:

1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri

Masjid An-Naim: Seminar Memperkasa Akidah Umat Islam





9 Jun 2011, Khamis - Masjid An-Naim Jalan Kebun telah menghantar 6 orang peserta dengan diketuai oleh Tim. Nazir masjid An-Naim untuk menghadiri seminar yang berlangsung selama setengah hari. Turut serta Setiausaha, penolong setiausaha dan jemaah masjid.

Seminar berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dengan dihadiri oleh 350 peserta dari seluruh negeri Selangor.

Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor dan sekretariat menangani ajaran sesat dan fahaman ekstrim, Pluralism, Liberism dan Sekularisme.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 0100 tengahari. Perasmian dilakukan oleh Tuan Hj. Marzuki Bin Husin, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor.

2 kertas kerja telah dibentangkan:
1.Tajuk : Ajaran Sesat:
Ust Mohamad Zamri Mohamed Shapik
Ketua Penolong Setiausaha Sektor Sosial, MAIS
merangkap Pengerusi Persatuan Ulamak (Cawangan Selangor)

2.Tajuk: Al-Quran dan Pluralisme Agama
Dr. Mahmud Ahmad
Jabatan Akidah dan Pembangunan Insan
Akademi Pengajian Islam, UM

Tuesday, June 7, 2011

Isu Bir Halal: Umat Islam Dikelirukan dengan Istilah dan Realiti?


BERSETUJU betul saya supaya penggunaan istilah ‘bir halal’ dihentikan sebab perkataan tersebut tidak sesuai dan boleh mengelirukan umat Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ‘bir’ secara umum diketahui umat Islam adalah haram, dan tentu sekali tidak munasabah digunakan kepada minuman yang tidak beralkohol. rujuk

Saya pun hairan mengapa ada pihak yang pakai istilah ‘bir’ untuk minuman yang dijual kepada orang Islam. Kalau sudah tahu minuman tersebut tidak beralkohol, kenapa hendak panggil ‘bir’?

Bagi kita ‘bir’ termasuk dalam kategori arak. Seluruh planet bumi tahu – seperti yang ditegaskan dalam al-Quran – bahawa arak adalah haram, dan minum arak adalah salah satu dosa besar.

Tentulah mengaibkan jika dikatakan orang Islam di Malaysia, termasuk para ustaz, minum bir. Orang pun boleh keliru dan bertanya mengapa Jakim halalkan bir?

* MUNGKIN ada pihak yang memang suka dengan istilah ‘bir’. Sama ada disedari atau tidak negara kita telah menghalalkan bir sejak berpuluh tahun lalu, iaitu ‘rut bir’ atau dalam istilah asalnya ‘roots beer’, sejenis minuman tanpa alkohol yang begitu popular. Saya sendiri sebagai Islam tulen telah meneguk ‘bir’ tersebut tiga empat tempayan sejak zaman remaja.

Penutupan Program Haji Bersiri




5 Jun, Masjid An-Naim Jalan Kebun - Setelah 14 siri kursus haji yang dibimbing oleh penceramah terkenal Ust.Hj Mohd Sutrisno Bin Hj. Mahfuz, maka berakhirlah sudah kursus haji secara percuma bagi sesi 2011.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini yang berlangsung semenjak 14 minggu yang lalu. Terima kasih juga kepada semua penyumbang samada dalam tenaga, makanan dan kewangan.

Lebih 200 peserta telah mengikuti kursus ini dan menerima sijil dalam acara penutupan yang disempurnakan oleh YB. Dr. Siti Mariah.Acara bermula jam 1000 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tgh.

Gambar lain sila lawati FB Masjid An-Naim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...