Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Saturday, February 26, 2011

Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid















1 Feb 2011 Masjid An-Naim telah menghantar, Nazir, Setiausaha, Pen Setiausaha dan Bendahari untuk mengikuti:
Tajuk: Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid
Tarikh: 1Feb 2011
Tempat: Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor
Penganjur: JAIS & ANGKASA

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj. Marzuki Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Pembentang kertas kerja, En Radiatul Fitri Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi malaysia, Negeri Selangor dengan tajuk "Kepentingan Berkoperasi dan Prosedur Mewujudkan Koperasi"

Munaqasyah e-Masjid




Masjid An-Naim telah menghantar Nazir, Penolong Setiausaha dan Bendahari untuk menyertai seminar:
Tajuk: Munaqasyah e-Masjid
Tarikh: 26 Feb 2011, Sabtu
Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri Shah Alam.
Tajuk:
SESI 1
1. Aplikasi e-Masjid: Melonjak Pengimarahan
2. Aplikasi e-Masjid Realiti Hari ini.

SESI 2
Fatwa e-Khutbah
e-Masjid Satu Sorotan Dalam Hukumn Syarak

SESI 3
e-Masjid: Pengalaman Masjid Kampung Singlap, Singapura
Produk-produk e-Masjid Kreatif Da'ie Hari Ini

Penganjur: Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dan
Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.

Kursus Penigkatan Imej Setiausaha Masjid

Masjid An-Naim telah menghantar Penolong Setiausaha, Hj. Muhamad Othman Ahmad Mughni, untuk mengikuti kursus di atas yang diadakan di Pusat Latihan Pengurusan Masjid, ILDAS, Sabak Bernam, Selangor, pada 21 - 22 Feb 2011.

Kursus ini telah disertai oleh lebih 50 setiausaha dari masjid daerah Hulu Langat dan Klang.

Sambutan Maulud Nabi Peringkat Negeri

15 Feb 2011 Masjid An-Naim telah menghantar wakil bagi menyertai perarakan sambutan maulud nabi yang diadakan di Stadium Melawati. Lebih 4o remaja dan dewasa terlibat dalam perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi.

Masjid An-Naim mengenakan pakaian baju Melayu dan sampin songket. Mereka berarak sambil membawa kain rentang bertulisan jawi tertulis slogan sambutan maulud nabi dan juga diiringi bendera Selaqngor dan bendera Malaysia. Papan tanda bertulis masjid an-naim mengetuai perarakan ini.

Perarakan diketuai oleh Setiausaha Masjid An-Naim ,Cikgu Hamdan Rahim.

Majlis berakhir jam 12.00 tgh dan semua yang terlibat pulang menaiki bas yang disediakan pihak masjid. Pihak penganjur juga menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari kepada semua peserta.Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...