Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Thursday, December 30, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE 26


Kepada semua ajk,jemaah masjid dan penduduk jalan kebun di jemput ke mesyuarat agung kali ke 26 di dewan solat masjid selepas solat jumaat pada 31 dec 2010.Bagi membincangkan perjalanan masjid untuk mengimarahkan lagi masjid kita.Menrancangkan aktiviti di masjid dan kepada yang hadir boleh lah bagi buah fikiran yang bernas dan cadangan untuk masjid kita supaya menjadi masjid contoh di negeri selangor.Ape yang masjid rancang adalah untuk menjadikan masjid kita tempat(SATU PERHENTIAN SEMUA ADA DI MASJID).Dan membincangkan laporan kewangan masjid.Dan membincangkan macam mana nak cari sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti masjid.Keluarkan lah segala idea yang ada di otak anda buatlah kerja dengan ikhlas kerana ALLAH.Terima kasih kami ucapkan kepada yang banyak membantu masjid dari segi tenaga dan kewangan.

PROGRAM CUTI SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN FARDUAIN DAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PESERTA DAN USTAZ,USTAZAH

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENJAYAKAN PROGRAM NI

PROGRAM BERLAJAR KE TIMUR TENGAH BERSAMA UST HUSNUN DAN DR AFANDI

PROGRAM PENJAGAAN MATA DAN NASIHAT PEMAKANNAN ANJURAN HELWA MASJID AN-NAIM,JKKK DAN PUSPEM DI DEWAN JKKK JALAN KEBUN

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 1431H DI MASJID AN-NAIM

CERAMAH MAAL HIJRAH 1432H BERSAMA USTAZ TAIB AZAMUDDIN MANTAN IMAM BESAR MASJID NEGARA

Saturday, December 11, 2010

Fadhilat Puasa Sunat Asyura’, 10 Muharram

Fadhilat Puasa Sunat Asyura’
by albakriah

Hadis sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.

- Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.

- Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -

Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.

- Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Bibliografi

1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.

2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.

3. Sunan Abu Daud

4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr

Thursday, December 9, 2010

Lagi Gambar-gambar berkhatan beramai-ramai 2010 masjid an-naim

Kebanyakan ulama seperti al-Sya‘bi, Rabi‘ah, al-Azra‘i, Yahya bin Sa‘ad al-Ansari, Malik, al-Syafi‘i dan Ahmad memberitahu, amalan berkhatan wajib bagi kaum lelaki.

“Banyak hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya, diriwayatkan Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda, bermaksud, “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara-perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, namun kebanyakan ulama’ mengiranya sebagai wajib. Ini kerana ia merupakan syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

Majlis Awal muharam

Sambutan awal Muharam telah disambut dengan bacaan yasin dan juga bacaan doa akhir dan awal tahun 1432H, 6hb Dis 2010. Majlis bermula seawal jam 6.00 petang.

Sehubungan itu satu majlis ceramah sempena maal hijrah akan diadakan dimasjid an-naim jalan kebun. Semua jemaah dijemput untuk turut memeriahkan majlis tersebut

Tarikh: 15hb. Disember 2010
Tempat: Masjid An-Naim Jalan Kebun
Masa : 8.00 Malam
Penceramah: Ust. Taib Azamuddin,
Mantan Imam Besar Masjid Negara


"Selamat Menyambut Maal Hijrah"
7hb. Dis.2010 telah berlangsung majlis berkhatan beramai-ramai di masjid annaim jalan kebun. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan disertai seramai 34 orang peserta.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh nazir, mandi beramai-ramai dengan khidmat bomba daerah klang, kemudian manbdi di kolam masjid dan akhirnya majlis berkhatan bermula.

Doktor-doktor dari klinik Barokah Bandar Puteri telah menghulurkan khidmat kepakaran mereka untuk mengkhatankan anak-anak jalan kebun

Majlis tamat sekitar jam 2.00 petang. Tahniah semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...