Pihak jawatankuasa masjid dengan kerjasama badan kebajikan masjid merakamkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang menyumbang menjayakan projek bubur lambuk sepanjang bulan Ramadhan.
Terimakasih juga kepada MPP Zon 11 yang memberikan sokongan kewangan dan moral dalam menjayakan projek ini.
Tidak ketinggalan ucapan tahniah kepada pasukan tenaga kerja yang sentiasa bertungkus lumus untuk memasak dan mengagihkan bubur tepat pada masanya setiap petang.
Permintaan dari masyarakat mendorong penghasilan bubur ini ditambah pada tahun ini menjadikan 2 periuk besar setiap hari.
Harapan kami bubur lambuk bukan sekadar menghidupkan tradisi tempatan tetapi menyemarakkan sunah Rasulullah dalam memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa sentiasa dihidupkan. Selain itu program ini merapatkan silaturrahim dikalangan penduduk kampung yang keluar untuk mendapatkan bubur.
Terimakasih semua semoga tahun hadapan sokongan yang lebih lagi...
BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016
Wednesday, September 30, 2009
Program ziarah warga tersayang di Ambang Shawal
Jawatankuasa Masjid telah mengadakan program ziarah pada petang 29 Ramadhan ke rumah-rumah mantan pimpinan tempatan yang telah uzur. Program ini diketuai oleh Nazir, Ust Shamsuddin. Pihak masjid telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.
Antara warga tersayang yang sempat dikunjungi: Tn Hj. Rohani bin Hj. Taib (Mantan Setiausaha), Tn Hj. Ahmad Mughni Bin Abd Rahman (mantan Imam dan Jurunikah), Ust Shamsi (Guru Agama), Ust Mastam (Guru Agama) dan Ustz Kalsom (Guru Agama Wanita). Kami mendoakan agar mereka sihat dan dilimpahi rahmat. Maaf zahir Batin dari kami pimpinan masjid 2009.

An-Naim, Program Sumbangan Raya
Seminggu sebelum Hari Raya, masjid Annaim dengan kerjasama BEKAWANIS menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 90 keluarga kurang berkemampuan.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Menteri Besar Selangor dan juga YB Suhaimi, Adun Kota Raja. Selamat Hari Raya semoga shawal kan lebih bermakna kepada kalian.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Menteri Besar Selangor dan juga YB Suhaimi, Adun Kota Raja. Selamat Hari Raya semoga shawal kan lebih bermakna kepada kalian.
Monday, September 28, 2009
Program Tadarus Masjid
Sepanjang bulan ramadhan masjid annaim telah menganjurkan program tadarus remaja, dewasa dan wanita.
Lebih dari 130 peserta tadarus remaja yang mengikuti program tadarus remaja setiap sabtu dan ahad bulan ramadhan, bermula solat asar berjemaah hingga majlis berbuka puasa dan solat maghrib.
Juadah berbuka puasa disediakan untuk pesertatadarus remaja. Tahniah remaja masjid An-Naim moga Allah melimpahkan Rahmatnya untuk generasi baru ini.

Tazkirah Ramadhan
Masjid An-Naim menganjurkan tazkirah setiap malam sebelum solat terawih. Pelbagai penceramah dijemput setiap malam dari ustaz hingga ke golongan professional. Tazkirah mengambil masa sekitar 15 minit. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan malah menjadikan suasana malam ramadhan lebih hidup
Subscribe to:
Posts (Atom)