Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Monday, January 18, 2016

Meraikan Perlantikan Timbalan Mufti Negeri Selangor Yang Baharu



16 Jan 2016, Masjid An-Naim Jalan Kebun meraikan perlantikan Tim Mufti Negeri Selangor Yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Dr Anhar Opir dengan menjemput beliau menyampaikan ceramah Umum di masjid An-Naim Jalan Kebun.

Masjid An-Naim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tim Mufti dan mengucapkan selamat bertugas di Negeri Selangor.

Jamuan Nasi Arab pada malam tersebut ditaja oleh Sdr. Zainal bin Ibrahim, jemaah qariah masjid. Terima Kasih atas sokongan semua jemaah dan juga pihak penaja.



Perlantikan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid An-Naim 2016/2018

15 Jan 2016, Tuan Kadi Daerah Klang, Ust. Jamali Adnan telah mengumumkan perlantikan baru pegawai dan jawatankuasa baru Masjid An-Naim Jalan Kebun, sesi 2016/2018 berkuatkuasa 1 Jan 2016, selepas tazkirah sebelum solat Jumaat. Senarai perlantikan seterusnya diserahkan kepada Ketua Kampung, Tn hj Solehan bin Hj. Tahir.

     Tuan Kadi seterusnya menyampaikan khutbah jumaat bertajuk " Belia Beriman Pewaris Masa Depan Negara"

      Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru yang diketuai oleh Nazir,  Haji Shamsuddin Bin Saari. Senarai penuh akan di paparkan kemudian.  Pihak masjid juga mengucapkan juataan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang lalu yang banyak membantu menjadikan masjid sentiasa imarah.

      Semoga masjid An-Naim terus imarah dan diredhai ilahi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...