Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Wednesday, July 18, 2012

Tawaran kepada dermawan dan Umat Islam sempena Ramadhan


Mesej Ramadhan Melalui Banner Terpanjang Oleh Remaja Jalan Kebun

     Pertandingan ini disertai oleh remaja jalan kebun dengan setiap kumpulan terdiri antara 3-5 orang. 40 kumpulan bertanding  untuk menghasilkan banner sepanjang 80 meter. Pemenang mengutip hadiah utama berupa wang tunai  RM200.00 . Banner telah digantung sepanjang jalan utama padang rakyat kampung batu 7 jalan kebun sepanjang bulan ramadhan. Sumbangan dakwah remaja kepada semua melalui mesej kreatif. Tahniah semua

Karnival Keluargaku @ Ambang Ramadhan

15 Julai berlangsung Karnival Keluargaku di Ambang Ramadhan bermula jam 7.00 pagi. Majlis dimulai dengan senaman sihat - Tai Chi yang dipimpin oleh  Pegawai Waren I (B) Pak Wahab. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Suhaimi, ADUN Seri Muda yang turut serta dalam senaman sihat.
Antara Acara Menarik:
Mewarna kanak-kanak yang menarik 900 penyertaan kanak-kanak dari tadika hingga 12 tahun


Permainan Ular (jangan meniru aksi ini - mereka terlatih)

Munajat Perdana 2012 untuk pelajar UPSRM PMR & SPM

14hb Julai masjid An-Naim mula dipenuhi remaja dan juga ibubapa seawal jam 6.00 petang khusus bagi bersama dalam program Munajat Perdana. Program ini bertujuan memohon kepada Ilahi untuk anak-anak lampung agar mempunyai persediaan rohani yang kental  untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SRA, SPM dan juga peperiksaan akhir tahun yang semakin hampir. Lebih 300 pelajar mengikuti Munajat Kali ini

Program dimulai dengan bacaan yasin, dipimpin okeh Imam I , Ust Hafiz Bin Husain Al-Hafiz bermula jam 6.00 petang diikuti solat maghrib berjemaah. Selepas solat fardhu mereka meneruskan dengan solat hajat dan diakhiri dengan ceramah Motivasi oleh Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz.






Seusai program mereka dijamu dengan nasi dan juga bekalan air mineral yang telah dibacakan yasin pada sesi petang sebelumnya.



Mesyuarat Khas pencalonan





Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan AJK Masjid An-Naim Jalan Kebun Sesi 2012/2015 telah selesai. Pihak JAIS juga telah mengeluarkan senarai penuh mereka yang dipilih dan memulakan tugas rasmi 1 Jun 2012. Senarai Jawatankuasa sila Klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...