Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Monday, October 11, 2010

Tawaran Penyertaan Qurban 2010


Syawal telah berlalu dan kini para hujaj sedang bersiap sedia untuk menuju ke Mekah. Kami mendoakan moga para hujaj sihat, selamat dan beroleh haji mabrur.

Sempena aidil adha kali ini, masjid An-Naim sekali menganjurkan ibadah Qurban 1431H. Setakat penullisan ini telah ada 6 ekor lembu dan kami masih lagi membuka penyertaan kepada jemaah masjid an-naim jalan kebun untuk turut serta menjalankan ibadah ini.

Jawatankuasa mensasarkan untuk memperolehi sekurang-kurangnya 10 ekor lembu korban pada musim ini.

Bagi setiap bahagian penama, pihak pengurusan mengenakan bayaran sebanyak RM350.00 sahaja. Sebarang pertanyaan dan juga penyertaan sila hubungi Nazir 016 268 9976, Setiausaha 019 252 9271 atau bendahari 012 388 1489.

Saturday, October 2, 2010

DYMM Sultan Selangor Bersama Jawatankuasa Masjid An-Naim Jalan Kebun


DYMM Sultan Selangor, MB Selangor, Exco Agama, Pengarah JAIS dan orang kenamaan bersama Pegawai dan Jawatankuasa masjid an-naim di majlis Ihya Ramadhan 30 Ogos 2010

Friday, October 1, 2010

IHYA' RAMADHAN DAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA SULTAN SELANGOR

MAJLIS BERBUKA PUASA D.Y.M.M SULTAN SHARAFUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM,FAKIR MISKIN DAN SAUDARA KITA DAN MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53 TAHUN 1431 H/ 2010 M.UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DAN PENDUDUK KAMPUNG JALAN KEBUN DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA SEMUA AMIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...