Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Saturday, May 22, 2010

Pemandangan Dari Menara Masjid An-Naim

Forum Perdana Hal Ehwal Islam peringkat Daerah Klang

Majlis Solat Jumaat Bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

TEMPAT LETAK KERATA BERBUMBUNG,LALUAN JALAN KAKI DAN PASANG PROJECTOR





Pihak Masjid An-Naim telah membina tempat letek kereta berbumbung,laluan jalan kaki berbumbung di tandas wanita dan pasang projector.Tempat kereta berbumbung di khaskan untuk penceramah jemputan,imam dan bilal.Pemasangan pembesar suara ia sebahagian kos adalah sumbangan ahli jemaah masjid.Pembinaan yang lain juga sebahagian kos derma ahli jemaah masjid.ALHAMDULILAH SEMOGA DERMAWAN DIMURAHKAN REZEKI AMIN.

Friday, May 21, 2010

SOLAT JUMAAT BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM





Pada hari jumaat bertakrih 21.05.2010 Masjid An-Naim telah dilawati oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Adun Sri Muda YB Suhaimi.Masjid An-Naim telah menjadi pilihan Tan Sri Khalid untuk solat jumaat bersama rakyat.Solat jumaat bersama rakyat adalah salah satu program Tan Sri Khalid Ibrahim.Tan Sri Khalid tiba pada pukul 12.55 tengahari dan di sambut oleh Nazir Masjid An-Naim Hj Shamsudin,Tok Ketua Kampung Hj Salehan,AJK Masjid dan jemaah yang ada di Masjid untuk solat jumaat.Selesai solat jumaat Tan Sri Khalid Ibrahim memberi ucapan kepada jemaah Masjid tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor dan tentang pembagunnan yang di jalan dan perancangan masa hadapan untuk rakyat negeri Selangor.Selesai ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim jemaah mengambil peluang bersalaman dengan beliau dan bertanya khabar beramah mesra mencerita masaalah yang dihadapi.Ini lah peluang yang ada digunakan oleh jemaah Masjid An-Naim.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sudi datang ke Masjid An-Naim Jalan Kebun untuk solat jumaat bersama.

Thursday, May 20, 2010

Rayuan Kutipan Sumbangan Anak Yatim

Kutipan Sumbangan Anak Yatim seluruh negeri Selangor anjuran JAIS akan dijalankan pada solat jumaat 28 Mei 2010. Sehubungan itu jemaah di alu-alukan untuk membawa sedikit sumbangan berupa kewangan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim selain dari tabungan masjid mingguan.

Sumbangan anda adalah amat bermakna bagi membantu anak-anak yatim meringankan bebanan kewangan dan emosi.


Renungan Manfaat Sedekah:
1. Mengundang datangnya rezeki
2. Menolak bala/musibah
3. Menyembuhkan penyakit
4. Memanjangkan umur.

Solat Jumaat Bersama MB Selangor di Masjid An-Naim

Semua ahli qariah dijemput untuk turut serta meraikan kunjungan MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim pada Solat Jumaat, esok, 21 Mei 2010.

Jawatankuasa masjid dan penduduk mengalu-alukan kedatangan YAB Menteri Besar dan rombongan ke Masjid An-Naim Jalan Kebun.

Forum Perdana Ehwal Islam Disambut Meriah




Forum Perdana Ehwal Islam bagi daerah Klang telah diadakan di padang masjid an-naim jalan kebun pada jam 9.00 malam, 19 Mei 2010.Gabungan mantap Moderator, YB Dato Dr Hassan Bin Mohamed Ali dan ahli panel jemputan 1.Yang berbahagia Dato Kamaruddin Zakaria dan 2.Yang Bebahagia Ust Roslan Bin Mohammed benar-benar menjadikan penonton tidak berganjak. Apatah lagi tajuk Indahnya Hidup Berlandaskan Islam memang kena pada masanya.
Tetamu undangan pada malam tersebut, Pengarah JAIS dan Timbalan pengarah JAIS, Kadi Klang, Penghulu dan ramai lagi.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan forum ini terutama penganjur utama JAIS.
Gambar-gambar sekitar forum akan diupload kemudian


Pelajar Meninggal Terkena Petir



20 Mei 2010, Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar, Mohamad Ali Assabuni Bin Ahmad, tingkatan 2 sekolah menengah Jalan Kebun yang tinggal di lorong Abdullah Jalan kebun, Shah Alam telah meninggal dunia 19 Mei 2010 jam 1745 dan jenazahnya telah selamat disemadikan.
Doktor mengesahkan bahawa beliau meninggal disebabkan oleh terkena panahan petir(struck by lightning) sewaktu hujan di padang sekolah semalam. Pihak Masjid merakamkan takziah kepada keluarga terutama ayah beliau yang juga salah seorang penceramah pengajian di masjid an-naim jalan kebun. Al-Fatihah.

Tuesday, May 18, 2010

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Dijemput semua orang ramai hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Forum Perdana Ehwal Islam yang bertempat seperti di nyatakan di atas. Kehadiran anda semua amatla kami hargai.

"Hebatnya Hidup Berlandaskan Islam"

Friday, May 14, 2010

HARI JUMAAT ADLAH HARI YANG SANGAT MULIA PADA ALLAH


Hari jumaat dikira hari yang sangat mulia pada ALLH kerana:

1.Ia adalah penghulu segala hari
2.NABI ADAM dijadakan pada hari jumaat
3.Hari kiamat berlaku pada hari jumaat
4.Menurut satu riwayat,ia adalah sebaik-baik hari yang naik mata hari padanya.Pada hari tersebut ALLah memerdekakan enam ratus ribu orang dari api neraka.Sesiapa yang mati pada hari tersebut, ALLAH menyuratkan baginya pahala syahid dan dipeliharakanya daripada fitnah kubur.
5.Pada hari jumaat,disunatkan memperbanyakan bacaan selawat pada siang hari dan malamnya dan membaca surah al-khafi,disunatkan mandi dengan meniatkan sunat jumaat,kemudian berpagi-pagi ke tempat sembahyang jumaat dan sunat memberi banyak perhatian kepada khutbah.

MAKLUMAN KEPADA JEMAAH SEMUA APABILA ADA KEMATIAN




Apabila ada kematian hubungi mereka yang berkanaan

1.Tuan Nazir MAsjid An-Naim Tuan Haji Shamsudin bin Saari 016-2689976
2.Tok Ketua Kampung Tuan Haji Salehan Bin Haji Tahir 012-6676540
3.Tuan Imam Masjid Tuan Haji Ustaz Yahya Bin Abdullah 013-3365158
4.Tuan Bilal Jenazah Mandi Mayat Tuan Ustaz Shahrin Bin Jaroni 019-3491651
5.Tuan Bilal Jenazah Haji Suparman Bin Simos
6.Pengali Kubur En.Bajuri Bin Haji Yusuf 012-3541314
7.Pengali Kubur En.Kaidi Bin Haji Tahir 016-9772532
8.Van Jenazah En.husaini 017-3706930

Bayaran yang barkaitan urusan jenazah

1.Kain Kapan RM 120.00
2.Papan kubur RM 120.00
3.Imam RM 40.00
4.Bilal jenazah RM 30.00
5.Kereta jenazah RM 100.00 (kawasan jalan kebun)
6.Upah gali kubur RM 100.00

Thursday, May 13, 2010

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KARIAH MASJID KAMPUNG JALAN KEBUN TAHUN YANG KESEBELAS





Badan kebajikan kariah masjid kampung jalan kebun telah mengadakan mesyuarat agung tahunan yang kesebelas.bertarikh 13 mei 2010 pada jam 8.00 mlm hari khamis mlm jumaat bertempat dewan solat Masjid An-Naim.Mesyuarat dirasmikan oleh TUAN HAJI SHAMSUDIN BIN SAARI NAZIR MASJID AN-NAIM KAMPUNG JALAN KEBUN.Mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh TUAN IMAM USTAZ MOHD HAFIZ BIN HAJI HUSSIN.Seterusnya kata aluan TUAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN TUAN HAJI SALEHAN dan setiausaha HAJI MOHD OSMAN BIN HAJI MOHD MUNGHNI dan TUAN NAZIR.Agenda mesyuarat membubarkan ajk lama 2007-2010 dan pencalunan ajk baru bagi tahun 2010-2013.Antara memilih pengerusi setiausaha bendahari 8 orang ajk 2orang pemeriksa kira-kira.Kepada semua para jemaah dan penduduk kariah masjid yang bermastautin atau penyewa rumah.Pihak pengerusi dan ajk badan kebajikan menyeru dan mempelawa agar semua dapat melibatkan diri bersama untuk menjadi ahli badan kebajikan dan khairat kematian masjid.Badan kebajikan telah ditubuhkan hampir 25 tahun yang lalu hasil pakatan bersama penduduk kariah masjid.Untuk menolong meringankan beban kesusahan yang dialami setiap ahli.
Syarat menjadi ahli badan kebajikan:
1.Pendaftaran ahli baru RM 30.00
2.Yuran bulanan RM 1.00
3.Khairat kematian RM 3.00(setiap kali kematian)

Wednesday, May 12, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT DAERAH KLANG 1431H





Pada 11 mei 2010 selasa jam 2.30 petang satu mesyuarat telah diadakan di bilik seminar Masjid An-Naim bagi membincangkan perlaksanaan program forum perdana ehwal islam.Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut dari JAIS,JKR,MBSA,TNB,SYABAS,PAID KLANG,POLIS,NAZIR MASJID,KETUA KAMPUNG,PENGHULU,IMAM MASJID,MPP ZON 11 dan AJK MASJID.Antara yang di bincangkan tarikh pelksanaan, tajuk, tempat pelaksanaan dan panel jemputan.Tarikh yang dipersetujui pada 19 MEI 2010 BERSAMAAN 5 JAMADIL AKHIR (HARI RABU).Tajuk yang dipilih "HEBATNYA HIDUP BERLANDASKAN ISLAM" satu tajuk yang hebat.Tempat yang akan diadakan di PADANG AWAM MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN.Antara penal jemputan MODERATOR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI PANEL JEMPUTAN Y.BHG DATO KAMARUDIN ZAKARIA DAN Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMAD.

Monday, May 10, 2010

MESYUARAT AGUNG

BADAN KEBAJIKAN KARIAH MASJID AN-NAIM 2010
TARIKH : 13 MEI 2010
HARI : KHAMIS MLM JUMAAT
MASA : 8.00 MLM
TEMPAT :MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN
SEMUA AHLI KARIAH DI JEMPUT HADIR

Saturday, May 1, 2010

BIRO AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR DAN KESELAMATAN

Masjid An-Naim telah menubuhkan satu biro amar makruf nahi mungkar dan keselamatan kampung. Ditubuh biro ini untuk memastikan kampung dan kawasan sekitarnya bebas dari gejala maksiat, aktiviti tidak bermoral terutama generasi muda sekarang yang mudah terpengaruh. Masjid juga telah melantik ahli jawatan kuasa:

1. Pengerusi:
Haji Mulyani binHaji Nor 014-6283266
2. Setiausaha:
Mohd Khair bin Parlan 019-6415815
3. Haji Fadli bin Haji Maasom 019-3249654
4. En Shamsudin bin Rasiman 016-2891183
5. En Samat bin Ismail 017-6118434
6. En Mohd Noor bin Aman 012-6044723
7. En Isa bin Yub 019-2690704
8. En Mohd Azli bin Kamarudin 019-2243068
9. En Mat Yusoff bin Haji Hussain 019-2167090

Skop aktiviti:
1.Mengawasi dan memaklumkan kepada pihak yang berautoriti jika ada gejala maksiat dan peri laku yang sumbang dari segi agama dan adat.
2. Menasihati dan menjinakkan meraka yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
3. Mendapatkan bantuan JAIS dan lain-lain.
4. Menpunyai hubungan baik dengan pihak keselamatan dan JKKK kampung,penguatkuasa JAIS,PDRM dan RELA.
5. Berkerjasama dan semua pertubuhan kampung dan pertubuhan rasmi tempatan.
6. Berkerjasama dengan siak untuk mewujudkan pemantauan di Masjid supaya tidak berlaku kecurian.
Mereka juga boleh di hubungi jika ada berlaku maksiat dan aktiviti tidak bermoral dari segi agama di kawasan jalan kebun.Menjaga kawasan kampung dari maksiat dan sebagainya adalah TANGGUNGJAWAB BERSAMA DI INGATKAN JANGAN MEMBUAT PANGGILAN PALSU ANDA BOLEH DI TANGKAP DAN ANDA BOLEH DI PENJARA. INGATLAH ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA LAKUKAN.

BANCIAN ASNAF FAKIR MISKIN 1431H OLEH LZS

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) membuat bancian untuk asnaf fakir miskin di kawasan jalan kebun dan seluruh selangor untuk tahun 2010. LZS telah mengarahkan pihak Masjid An-naim jalan kebun untuk melantik amil-amil di setiap kariah di jalan kebun untuk melancarkan bancian. Antara amil tersebut:

1.Haji Samsudin bin Shaari ( kariah Masjid)
2.Ust Nor hasim bin Isa (kariah Masjid)
3.Ust Zawawi bin Ahmad Mughni (kariah Abd Aziz)
4.Haji Hakim bin Kari (kariah Haji Said)
5.Ust Shahrin bin Jarani (kariah Abu Bakar)
6.En Tuhirin bin Jarani (kariah Kg Baru 1 dan 2)
7.Haji Sairi bin Isa (kariah Kg Lombong)

Sila berhubung dengan amil yang di lantik oleh Masjid An-naim. Amil yang di lantik akan datang ke setiap rumah untuk membuat bancian. Di harap penduduk kampung dapat memberi kerjasama.

BANCIAN ANAK YATIM OLEH MAIS

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) telah membuat bancian anak yatim di kawasan jalan kebun. Segala maklumat boleh diperoleh di surau kariah masing-masing. Sila berjumpa dengan pengerusi surau. Tarikh tutup pada 5.5.2010. Syarat permohon kematian bapa kandung dan berumur 15 tahun kebawah.

CERAMAH PERDANA BERSAMA USTAZ DATO ISMAIL KAMUS

Tuan-tuan dan puan-puan penduduk kampung jalan kebun dan kawasan berhampiran, Johan Setia, Berjaya Park, Bukit Rimau dan Kota Kemuning di jemput hadir dalamceramah perdana bersama penceramah terkenal tanahair, Yang Berbahagia Ust. Dato Ismail Kamus

Tempat: Masjid An-Naim Jalan Kebun
Tarikh: 7hb Mei 2010
Masa: 8.00 malam (lepas maghrib)

Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid dan majlis ilmu dengan membawa sahabat, isteri dan anak-anak pada jumaat malam sabtu akan datang ini.


Mesyuarat Agung Surau-Suarau An-Naim

29 Apr 2010 semua surau di bawah naungan masjid An-Naim telah mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan Jawatankuasa baru selaras dengan arahan pihak PAID Klang. Pihak masjid telah menghantar wakil-wakil sebagai pemerhati sepanjang mesyuarat berlangsung di kesemua surau.

Tahniah kepada jawatankuasa baru semua surau(8 surau) yang baru di lantik untuk menerajui kepimpinan surau sesi 2010/2013. Semoga Institusi ini akan lebih cemerlang dalam meningkatkan dan memartabatkan syiar Islam khususnya di era moden ini .

Gotong-Royong Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kampung batu 7 jalan kebun. Tepat jam 8.00 pagi, 1hb Mei 2010 ramai penduduk Jalan Kebun mula berkumpul di tanah perkuburan barat untuk memulakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBSA; Tn Hj. Solehan, Ketua Kampung; Ust Hj Shamsuddin, Nazir Masjid An-Naim dan ramai lagi anak-anak kariah.

Jamuan ringan disediakan, bagaimanapun ramai anak kariah yang membawa juadah tambahan menjadikan suasana sangat meriah. Terima kasih atas budi baik tuan-tuan menghulurkan sedekah sempena majlis ini, semoga Allah mengurniakan balasan yang sebaiknya untuk semua yang menjayakan program hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...