Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Saturday, March 20, 2010

Mauludurrasul

Pertandingan Marhaban di Shah Alam

















Kumpulan marhaban Masjid An-Naim telah menjadi johan pertandingan marhaban daerah petaling anjuran Kemas di Festival Kesenian Islam Kemas Daerah Petaling , pada 20 mac 2010 (sabtu). Johan pertandingan marhaban telah mendapat wang tunai RM 500 dan sijil penyertaan.

SURAU DIBAWAH SELIAAN MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN

SURAU AL HIJRAH
SURAU AL-AMIN

SURAU NURUL IMAN

SURAU AL-FALAH

SURAU AL-AZIZIAH

SURAU AR-RAHMAN

SURAU AN-NUR

SURAU IDRISIAH

SURAU AL-HIDAYAH

Sumbangan kepada surau-surau dibawah seliaan Masjid An-Naim









Sumbangan telah di sampaikan oleh Nazir Masjid Haji Shamsudin Bin Shaari. Sumbangan di sempurnakan sebelum solat jumaat bertarikh 19.03.2010 di saksikan oleh para jemaah.

Senarai surau dibawah seliaan Masjid An-Naim:
1.Surau Al-Falah
2.Surau Al-Aziziah
3.Surau An-Nur
4.Surau Al-Idrisiah
5.Surau Nurul Iman
6.Surau Al-Rahman
7.Surau Al-Hidayah
8.Surau Al-Amin

Friday, March 19, 2010

Pelantikan imam pelapis





Imam pelapis Masjid An-Naim :
1.Ustaz Zulkifli Bin Isa
2. Tuan Haji Rais Bin Redzuan
3. Ustaz Husnun Bin Haji Rasidi
4.Haji Muliani Bin Haji Nur
5. Ustaz Solahudin Bin Haji Solehin
6. Encik Tohirin Bin Jarani
7. Ustaz Fairuz Bin Haji Mohd Hussain

Pelantikan imam sokongan dan pelapis di masjid an-naim jalan kebun bagi sesi 2010-2012





Imam sokongan Masjid An-naim :
1. Ustaz Ahmad Bin Arum.
2. Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.
3. Tuan Haji Fadli.
4. Ustaz Sobir Bin Muhammad.
5. Ustaz Shahrin Bin Jarani.

Monday, March 15, 2010

KEMBARA REMAJA MASJID





13&14 Mac 2010 MBSA & JAIS telah menganjurkan program kembara masjid 2010 yang di sertai seramai 30 peserta remaja bermotor sekitar shah alam.Program tersebut telah melibatkan beberapa buah masjid di sekitar shah alam.Masjid an-naim adalah salah satu masjid yang terpilih untuk melancarkan perjalanan program tersebut.Kembara remaja masjid telah di sambut oleh nazir pegawai ajk masjid dan ahli majlis mpp zon 11 . Antara agenda program tersebut yang telah di laksanakan di masjid an-naim adalah ceramah agama yang telah di sampaikan oleh ustaz ahmad dan qiamulail yang di ketuai oleh ustaz adni.

Tuesday, March 2, 2010

Masjid An-Naim Naib Juara Pertandingan Masjid




26 Feb 2010 besamaan 12 Rabiulawwal 1431H, Masjid An-Naim telah dinobatkan sebagai naib juara kategori B, Pengurusan masjid terbaik peringkat negeri selangor. Hadiah berupa sijil dan wang tunai bernilai RM3000.00 yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam sempena sambutan maulidur rasul.


Hadiah telah diterima oleh Nazir masjid an-naim dan juga ketua kampung jalan kebun

Tahniah kepada semua jawatankuasa 2009/2012(sesi baru)dan 2006/2009(sesi lepas) serta semua jemaah yang merealisasikan detik bersejarah ini.

Gotong-Royong Memasak sempena sambutan Maulud Nabi

Jumaat, 26 Feb 2010, Masjid an-naim menganjurkan majlis sambutan maulud nabi. Acara bermula dengan para jemaah menyediakan juadah masakan secara bergotong-royong pada sebelah pagi. Lembu di sedekahkan oleh seorang jemaah sempena aqiqah anak beliau.



Pada sebelah malamnya majlis dimulai dengan marhaban dan cukur jambul, jamuan nasi dengan lauk daging dan sup. Selepas itu ceramah Maulidurrasul oleh ust Jeffery. Terima kasih kepada semua tenaga sukarelawan yang menjayakan program ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...