Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Thursday, February 18, 2010

Melodi Marhaban Versi Jalan Kebun sempena bulan maulud

Sekarang ni bulan maulud. Banyak masjid sedang dan akan membuat persiapan mengadakan sambutan maulud nabi. Masjid an-naim seperti tradisinya mengisi sambutan ini bermula dari 1 Rabiulawal sehingga 12 Rabiulawal 1431H.

Semua jemaah dijemput untuk turut meraikan sambutan ini dengan hadir beramai-ramai ke masjid an-naim. Majlis bermula selepas solat maghrib berjemaah dan dimulai dengan bacaana berzanji dari ahli jemaah.

Berikut adalah panduan melodi marhaban yang anda sendiri boleh mengulangkaji selain merujuk kitab berzanji. Video ini tidak diedit, jadi kualitinya mungkin kurang memuaskan tetapi boleh dijadikan rujukan untuk semua jemaah



Teknik bacaan berzanji:

Wednesday, February 17, 2010

Ilmu & Harta, Yang mana keutamaan Anda?

Rasulullah saw pernah bersabda di hadapan para sahabat, kata baginda

“Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, golongan Khawarij meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau.

“Hai Saidina Ali, yang mana lebih utama, ilmu dengan harta?” Tanya orang 1. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Karun, Sadad dan Firaun”

Bertanya orang 2 kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau harus menjaganya”.

Jawapan Saidina Ali kepada orang 3 “Harta itu jika engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah bertambah”.

Jawapan kepada Panel 4 “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”.

Jawapan kepada panel 5 pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak

Jawapan 6 “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu

Jawapan 7 “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”.

Jawapan 8 “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”.

Jawapan 9 “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”.

Jawapan 10 dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”.

Kemudian Saidina Ali menjelaskan kepada kesepuluh golongan tersebut, katanya “Jika kamu menanyakan lagi tentang hal itu, akan aku jawab dengan jawapan yang berbeza-beza selama aku masih hidup”...

Ringkasan dari buku “51 kisah-kisah benar” Ahmad Najieh: Pustaka Syuhada.

Program Bersama Masyarakat

Masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama Haluan Malaysia akan menganjurkan program di atas pada 20 dan 21 Februari 2010.

Antara Acara Menarik:
20 Feb. 2010
Pameran sepanjang 2 hari

Pagi
Ceramah kesihatan wanita
Pemeriksaan Kesihatan
Pengajian Tajwid Muslimat

Petang
Ceramah keibubapaan
Dr. Azizan Ahmad, UKM
Ceramah Motivasi

Malam
Berzanji dan marhaban

21 Februari 2010

Qiamullail dan kuliah subuh

Sehubungan itu semua penduduk jalan kebun dan jemaah di bawah masjid an-naim dijemput untuk turut seta dalam program ini.

Majlis Qiamullail

13 Feb 2010, Al-hamdulillah majlis qiamullail bersama ust Osman Ibrahim telah berjalan dengan lancar. Lebih dari 250 orang telah turut serta sejak jam 3.30 pagi.

Majlis dimulai dengan solat tasbih, solat tahajjud, solat hajat dan diakhiri dengan solat tasbih . Selepas solat subuh berjemaah, ust osman menyampaikan tazkirah. Majlis berakhir selepas sarapan pagi sekitar jam 8.00 pagi.

Tahniah kepada semua jemaah atas usaha menghidupkan rohani dan sunah rasul.

An-Naim - Majlis Gotong-Royong Tanah Perkuburan Barat Jalan Kebun

Seluruh jemaah Masjid An-Naim Jalan Kebun dan orang ramai dijemput untuk bersama-sama menjayakan program gotong royong anjuran Masjid an-naim bersama Haluan untuk membersihkan tanah perkuburan barat serta mengecat surau tanah perkuburan yang baru sahaja dibina.

Majlis akan diadakan pada 20 Februari, Sabtu, jam 7.30 - 11.30 pagi

Antara Agenda:
7.30 pagi Pendaftaran Peserta
Taklimat gotong-royong
Sarapan (ditaja oleh En Yusri Tawil)

8.00 pagi Gotong-Royong
Mengecat bangunan musolla
Pembersihan sekitar musolla
Penanaman pokok
Pembersihan kawasan kubur
Potong rumput di lorong motosikal

11.00 pagiPerasmian kemudahan Musolla
Tazkirah

Jom ramai-ramai turun padang.... lagipun hari cuti...

Friday, February 5, 2010

Program Qiamullail

Masjid an-Naim Jalan Kebun akan menganjurkan program qiamullail yang dipimpin oleh Ust. Othman Ibrahim.

Majlis akan bermula pada 13 Feb selepas solat maghrib dengan kuliah maghrib. 14 Feb 2010, jam 3.30 pagi qiamullail akan dimulakan.

Semua muslimin dan muslimat digalakkan untuk hadir bersama keluarga pada malam tersebut bagi mengimarahkan qiamullail yang dijadualkan. Penganjur yakin untuk mengumpul ramai jemaah pada malam tersebut memandangkan 14hb feb adalah cuti umum.

Remaja yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan upsr, pmr dan spm tahun ini amatlah diharapkan untuk hadir agar persiapan rohani dapat disiagakan dari awal tahun lagi.

Pengumuman Kematian

Adalah dimaklumkan kepada semua bahawa ust Shamsi, lorong hj. Hussin Bt 7 JalanKebun, guru al-quran bersanad yang mengajar di masjid an-naim jalan kebunsetiapmalam rabu telah meninggal dunia pada 3 Feb 2010. Takziah diucapkan kepada keluarganya. Al-Fatihah.

4 Feb 2010, Pn Tumi Bt Parsi , qariah masjid an-naim jalan kebun telah meninggal dunia pada jam 2.00 petang dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada petang tersebut.


Perkembangan Pembinaan Surau Tanah Kubur Barat


Pembinaan surau di atas tanah kubur barat, batu 7 jalan kebun telah mencapai lebih 70%. Pembinaan ini meliputi penyediaan ruang solat, tempat wudhu, tandas dan pintu pagar menghala ke tanah perkuburan.

Terima kasih kepada jawatankuasa tanah kubur yang bertungkus lumus untuk memastikan kemudahan ini disiapkan, tenaga kerja dan juga para dermawan yang menyumbang bagi pembinaan ini. Dengan siapnya kemudahan ini diharap memberi keselesaan kepada pengunjung sewaktu menziarahi tanah perkuburan.Kemudahan ini juga memudahkan tenaga kerja serta pengiringi jenazah menyempurnakan urusan pengkebumian terutama bila lewat petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...