Kelas al-quran muslimat, 11.00am -1.00pm, Sabtu. Tempat: Bilik seminar. Pengajar: Ustaz Yusof guru al-quran di tv 1 # Kelas talaqi dan musyafahah, Ahad Malam Isnin, lepas isyak, Masjid An-Naim, Ustaz Abu Hamid Bin Ramlan.

.

.

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

BERSAMA TOKOH ILMUAN FEBRUARI 2016

Sunday, December 27, 2009

Kem Remaja Masjid

Masjid an-naim jalan kebun telah menganjurkan kem remaja pada 26 dis 09 bermula jam 8.00 pagi. Tahniah kepada peserta-peserta.

Sehubungan itu Kelab Remaja Masjid Soleh (Karamah An-Naim) turut dilancarkan. Kepada semua remaja dijemput mendaftar dan digalakkan untuk menyertai facebook rakan masjid

Mesyuarat Agung Masjid An-Naim

25 Dis 09, 2.45 petang selepas solat Jumaat mesyuarat agung ke-25 masjid an-naim jalan kebun telah berlangsung di ruang solat masjid.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz Yahya Abdullah, Imam I dengan diikuti penyampaian sijil dan cenderamata kepada pegawai dan jawatankuasa masjid sesi 2006/2009.

Majlis dirasmikan oleh yang berbahagia ustaz Hairul Anuar Bin Samingan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan Masjid, PAID Klang. Beliau menegaskan pada tahun hadapan, masjid-masjid di selangor digalakkan untuk menubuhkan koperasi masjid.

Mesyuarat kali ini turut disertai oleh hampir 50 Jemaah dan berakhir sebelum solat asar. Jamuan ringan kepada peserta mesyuarat turut disediakan.

Pelbagai cadangan telah dikemukakan dan diterima. Terimakasih kepada semua jemaah yang komited menjayakan mesyuarat pada kali ke-25 ini.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah serta doa akhir dan awal tahun


Jawatankuasa masjid An-Naim mengucapkan Selamat menyambut tahun baru hijrah, 18 dis, jumaat 2009.


BACAAN DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




BACAAN DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". -rujukan JAKIM

Monday, December 7, 2009

Program Tahfiz dan Tahsin Solat Musim Cuti Penggal

Biro pendidikan di bawah pimpinan Ust Hafiz Hj Husin telah menganjurkan program tahfiz dan tahsin solat bermula 31 Nov sehingga 17 Dis 09. Sehingga hari ini seramai 140 orang telah mendaftar sebagai peserta.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM60. Peserta dibekalkan dengan fail dan bahan-bahan untuk pembelajaran sepanjang program. Program bermula jam 8.00 pagi setiap hari Isnin sehingga Khamis.

Peserta diberikan minum pagi setiap hari pada jam 10.30 dan makan tengahari sebelum solat zohor. Peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpun kecil dengan fasilitator bagi memudahkan proses penghafalan dan tahsin solat.

Semua peserta hanya dibenarkan beredar selepas menjalankan solat zohor secara berjemaah. Tahniah kepada biro pendidikan dan semua pelajar yang mengikuti kem pada kali ini.

Solat Hajat untuk Pemandu Van Jenazah di ICU

Masjid An-Naim telah menganjurkan solat hajat beramai-ramai sejurus selepas solat Jumaat, 4hb Dis 09 memohon agar pemandu van jenazah yang kini dalam keadaan koma dan berada di unit ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, agar pulih dengan segera.

Solat hajat 2 rakaat di ketuai oleh imam I, Ust Hj.Yahya Abdullah. Terima kasih kepada semua jemaah yang prihatin dan meluangkan masa untuk sama-sama mendoakan beliau.

Pemandu terbabit, En Saadon Selamat, 43, tinggal di kampung baru 2 adalah anak jati kampung Jalan Kebun telah memikul tugas sebagai pemandu van jenazah dengan penuh rasa tanggungjawab untuk sekian lama. Beliau mengalami kemalangan ketika motosikal yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta pajero menyebabkan beliau kini ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sehingga berita ini ditulis beliau masih lagi belum sedar semenjak kemalangan pada rabu lepas. Anak kariah dialu-alukan untuk melawat beliau di hospital klang.

Doa kami dari pihak pengurusan masjid, agar beliau sembuh secepat mungkin. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...